A Map of Trengganu – Awang Goneng

Dapatkan naskah anda segera
(klik pada imej untuk paparan lebih besar)
Tempahan mula diterima
SMS: 019-3199-788 (Karim) e-mail: akarimomar@yahoo.com
RM35.90 /naskah
USD15.95 /copy

PENGHANTARAN: RM6.00 (senaskah) – mana-mana di Malaysia (tambah RM3.00 untuk setiap naskah tambahan

“Growing Up in Trengganu” juga ada  …

***************

TO ORDER – A MAP OF TRENGGANU:

SMS 019-3199-788 OR EMAIL: akarimomar@yahoo.com (a.k.a The Pizzaman)

***************

Juga ada/Also available:

Growing Up in Trengganu RM39.90

Yang berkaitan:

Posted in Berita | Tagged , , , , , , , , | 9 Comments

Kuala Terengganu Yang Berubah Wajah

dari: http://akarimomar.wordpress.com/2011/12/16/kuala-terengganu-yang-berubah-wajah/

Adakalanya kita ingin melihat pembangunan dengan pembaharuan terhadap lanskap sesuatu kampung atau bandar. Namun, dalam mengejar pembangunan material ini, ianya mengorbankan keindahan semulajadi dan menghilangkan tinggalan warisan senibina dan usaha orang-orang dahulu.

Anehnya kita mempromosi pelancongan dengan tema “Terengganu – Where Nature Embraces Heritage” – mana perginya “heritage” apabila semuanya dimusnahkan? Mereka seolah-olah hilang fokus. Yang perlu dibaiki kerana usang dibiarkan mencemar permandangan. Yang bersejarah dan dijaga keindahannya dikatakan usang (dan ini).

Hilangnya deretan bangunan-bangunan lebih 100 tahun usianya di Kedai Payang/Jalan Bandar sukar untuk saya lupakan. Usaha-usaha terakhir kamiuntuk menyelamatkan bangunan sejarah (hingga tercetusnya blog ini:http://warisantrengganu.wordpress.com/tidak diendah dan dilayan olehmereka yang duduk di kerusi empuk. Mereka yang hanya bersenang di bilik berhawa dingin tidak bersedia mendengar keluhan para peniaga yang diarah berpindah dengan tempoh yang tergesa-gesa. Maka satu persatu sejarah dilupuskan demi mencari keindahan baru.

Saya kongsikan di sini beberapa keping gambar dari poskad yang masih tersimpan sebagai kenangan bersama.

Pasar Kedai Payang kini dipanggil Pasar Payang oleh mereka yang tindak kenal sejarah asal. Bangunan jam besar (kelihatan sebahagian sahaja di sebelah kiri) sudah lama digondol tidak berganti.
Bahagian Masjid Abidin yang mengadap Istana Maziah

Senibina bahagian tambahan Masjid Abidin yang dibina zaman pemerintahan Al Marhum Sultan Ismail ini sudah tiada lagi.  Menara mirip Masjid Negara yang dibina selepas baginda tamat tempoh menjadi Agong (serta membawa balik Bilal Isa dari Masjid Negara yang merdu alunan azannya untuk bertugas di Masjid Putih) sudah diganti. Dan menjadi amat sedih ialah dengan perbelanjaan yang begitu besar untuk mengindahkan Masjid Putih ianya dibuat sambil lewa tanpa pemantauan yang baik. Kebocoran dari awal projek siap sehingga kini tidak dibaiki (baca di sini)

Bulatan penyu ini diganti pula dengan replica batu bersurat.
Apakah untuk dibiarkan semak samun begini sebabnya penduduk dihalau sebelum sempat beraya dengan sanak saudara?

Dalam mengejar pembangunan lalu menghambat para penduduk sekitar Ladang Tok Pelam dan yang berdekatan, apa jadi dengan pembangunan tersebut selepas setahun dipaksa pindah ketika mereka sedang dalam bulan Ramadan dan bersedia untuk menyambut Eidul Fitri (mengingatkan kembali peristiwa 2009).

Insha Allah, jika diizinkan Allah, akan saya kongsikan lagi gambar-gambar lama yang lain.

Posted in Permandangan, Pelancongan & Rekreasi, Rencana, Warisan | Tagged , , , , , | Leave a comment

Sultan Mizan lawat Besut

BESUT 22 Feb. – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin akan berangkat merasmikan Desa Ukiran Kayu (DKU) di Kampung Raja, Jumaat ini dalam rangka lawatan baginda selama dua hari ke daerah ini.

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) dalam satu kenyataan memberitahu, baginda diiringi Sultanah Nur Zahirah akan berangkat ke majlis perasmian pada pagi hari itu.

DKU yang ditubuhkan oleh YPU dan diselia oleh Terengganu International Design Excellence Sdn. Bhd. (TIDE) merupakan institusi yang menawarkan pengajian berteraskan pendidikan vokasional dan keusahawanan ukiran kayu.

Penubuhannya di daerah yang terkenal dengan pengukir ternama bertujuan menyuburkan seni ukiran kayu dengan kemunculan lebih ramai anak tempatan mewarisi kemahiran dan mampu diketengahkan sebagai usahawan.

Selepas upacara tersebut, baginda akan berangkat menunaikan solat Jumaat dan merasmikan Masjid Kayu Seberang Jerteh iaitu salah satu masjid seni bina Melayu yang terindah di negara ini.

Pada pukul 3.45 petang hari sama, baginda berdua akan menghadiri majlis jamuan teh bersama rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permaisuri Nur Zahirah di Limbongan.

Pada hari Sabtu, baginda akan berangkat ke majlis taklimat mengenai pembangunan daerah di Pejabat Daerah Besut.

Posted in Berita | Leave a comment

Bekas Banduan Rogol Adik Kandung Dipenjara 12 Tahun, Lima Sebatan

KUALA TERENGGANU, 22 Feb (Bernama) — Seorang bekas banduan menggeletar ketika membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan merogol dan mengugut adik kandungnya dengan pedang, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Wan Fadilah Nor Wan Idris di sini Rabu.

Tertuduh yang melakukan kesalahan sumbang mahram itu selepas dua hari dibebaskan daripada penjara akibat kesalahan dadah, kemudiannya dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan bagi kedua-dua kesalahan itu.

Dia dihukum penjara 11 tahun dan lima sebatan bagi kesalahan merogol dan penjara setahun bagi kesalahan mengugut tetapi perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan selepas Hakim Wan Fadilah Nor memerintahkan hukuman penjara berjalan secara berturutan.

Terdahulu, tertuduh yang berumur 37 tahun hanya tunduk dan mengangguk faham ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Fadilah Nor. Dalam keadaan menggeletar, dia kemudiannya mengaku salah.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nazlyza Mohd Nazri.

– BERNAMA

Posted in Berita, Jenayah & Mahkamah, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat | Leave a comment

Polis Terengganu Buru Empat Penyamun Bersenjata

SETIU, 22 Feb (Bernama) — Polis Terengganu masih menyiasat identiti sekumpulan penyamun bersenjata yang menyebabkan seorang peniaga kerugian kira-kira RM80,000 di sebuah rumah kedai di Kampung Gemuruh, Tepoh, Kuala Terengganu Isnin lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkat pihaknya telah memperolehi beberapa petunjuk awal berhubung penyamun itu.

Katanya, pihak polis juga sedang giat memburu kesemua suspek yang dipercayai warga Indonesia berdasarkan dialek percakapan sebagaimana menurut laporan polis oleh mangsa.

“Kita masih lagi mencari dan menyiasat identiti kesemua suspek.

“Kita percaya kes ini pasti akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat setelah semua bukti berjaya dikumpul,” katanya kepada pemberita di sini.

– BERNAMA

Posted in Berita, Jenayah & Mahkamah | Leave a comment

UMT Perlu RM100 Juta Bangunkan Kampus Di Bukit Kor

KUALA TERENGGANU, 22 Feb (Bernama) — Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memerlukan dana RM100 juta untuk membangunkan kampus cawangan UMT di Bukit Kor, Marang.

Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Aziz Deraman berkata kerajaan negeri Terengganu meluluskan kawasan seluas 240 hektar kepada UMT untuk membina kampus cawangan di situ.

Beliau berkata kampus di Bukit Kor itu khusus untuk kajian berbentuk pertanian dan sekaligus dijangka akan menarik perhatian industri untuk menjalankan penyelidikan di situ.

Aziz berkata UMT akan menyesuaikan bentuk kurikulum supaya pelajar-pelajar agroteknologi dapat menjalani latihan praktikal, memulakan projek dan sebagainya yang ada kaitan langsung dengan industri.

Beliau berkata oleh kerana pelajar-pelajar UMT sekarang ini tinggal di asrama UMT Gong Badak, besar kemungkinan asrama pelajar akan dibina di kampus Bukit Kor untuk kemudahan pelajar-pelajar.

– BERNAMA

Posted in Berita, Pendidikan | Leave a comment

Lembah Silika tarik RM1.2b

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI – utusanterengganu@utusan.com.my

Sultan Mizan Zainal Abidin (depan) diberikan penerangan mengenai produk silika sambil disaksikan oleh Tengku Baharuddin (kiri) di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, kelmarin. – BERNAMA

KUALA TERENGGANU 21 Feb. – Lembah Silika pertama seumpamanya di dunia yang akan dibangunkan di negeri ini dijangka menarik pelaburan mencecah RM1.2 bilion.

TRG Perindustrian Mineral Sdn. Bhd. (TIM) yang bekerjasama dengan beberapa syarikat antarabangsa akan menjadikan tapak seluas 1,800 hektar di Setiu dan Marang sebagai kawasan perindustrian berpusat untuk silika dan sektor yang berkaitan dengannya.

Pengerusi TIM, Tengku Sri Temenggong Raja Datuk Seri Tengku Baharuddin berkata, ia turut melibatkan penyertaan syarikat dari Jepun, India dan Perancis yang mempunyai kepakaran dengan pembentukan TIM Konsortium.

“Konsortium ini akan melabur di antara RM350 juta dan RM400 juta dalam tempoh lima tahun akan datang bagi membangunkan penceriaan atau nilai tambah dalam industri hiliran di Lembah Silika.

“Selain itu ia juga membuka laluan pelaburan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) serta memberi sehingga 1,000 peluang pekerjaan mahir dan separa mahir untuk rakyat negeri ini,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran Projek Lembah Silika dan Terengganu Kristal di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini semalam.

Pelancaran itu disempurnakan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang turut berkenaan melawat ruang pameran yang menempatkan produk silika.

Keberangkatan baginda diiringi oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah serta Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Toh Chin Yaw dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan ECER (ECERDC), Datuk Jebasingam Issace John.

Tengku Baharuddin berkata, Terengganu mempunyai rizab terbesar pasir silika di rantau ini dengan lebih 80 juta tan metrik deposit gred tinggi.

Menurut beliau, ia dijangka mampu bertahan sehingga 75 tahun melalui kajian kebolehlaksanaan secara teliti dan sistematik mengikut piawaian antarabangsa.

Katanya, penggunaan teknologi tinggi dan kepakaran luar negara akan menjamin keluaran gred dan mutu silika yang paling tinggi untuk kegunaan industri khas seperti pembuatan kaca panel solar, TV LED, LCD dan komponen elektronik lain.

Tambahnya, TIM Konsortium merancang untuk membina kilang pemprosesan silika terbesar di Asia Tenggara dengan kapasiti pengeluaran kira-kira 800,000 tan metrik setahun yang dijangka akan memulakan operasi pada pertengahan tahun depan.

“Projek ini akan dibangunkan dalam empat peringkat iaitu pemprosesan pasir silika Gred 1&2 (peringkat pertama), pemprosesan silika peringkat industri tinggi (peringkat 2), pembangunan industri hiliran seperti pengeluaran sodium silikat, palet kaca mentah, blok dan rod (peringkat 3) dan penubuhan industri kaca apung di Kertih (peringkat 4).

“Kita yakin dengan adanya rod silika, blok dan palet dijangka mampu merangsang pembangunan industri desa kristal di Terengganu,” jelasnya.

Justeru katanya, bagi memperkenalkan industri kraf tangan kristal, pihaknya mewujudkan Taman Kristal Terengganu berpusat di TTI yang lengkap dengan studio, galeri, muzium serta bengkel latihan.

“Ia akan memberi nilai tambah kepada pusat pelancongan itu dengan mengadakan aktiviti berkaitan kristal kepada penduduk tempatan seperti meniup kaca, pembuatan kraf kristal serta latihan dan pendidikan,” jelasnya.

Posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan | Leave a comment

Mangsa simbah asid dibedah esok

Oleh MUSTAPA LAKAWA - mustapa.lakawa@kosmo.com.my

MOHD. FAZIL terlantar di wad mangsa kebakaran HSNZ, Kuala Terengganu semalam dan dijangka dibedah esok.

KUALA TERENGGANU – Dua lelaki yang menjadi mangsa kes simbah asid ketika tidur di sebuah rumah di Kampung Padang Merchang, Marang dekat sini Ahad lalu dijadual menjalani pembedahan menampal kulit baharu esok.

Mohd. Fazil Idrus, 18, dan Shahrulzaman Salim, 38, kini dalam keadaan stabil dan ditempatkan di Unit Kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Bapa Mohd. Fazil, Idrus Mat Nor, 54, berkata, anaknya itu bakal dibedah bagi membolehkan kulit paha lapisan pertamanya diambil untuk ditampal pada bahagian muka, tangan dan kaki yang melecur teruk.

“Kami harap pembedahan itu berjaya, sedih juga rasa apabila Mohd. Fazil masih enggan bercakap sejak ditimpa musibah itu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Idrus juga belum tergamak membenarkan Mohd. Fazil melihat cermin bagi mengelakkan anaknya itu terkejut.

“Saya tidak tahu bagaimana dia mahu hadapi semua ini kerana hampir separuh daripada mukanya telah melecur,” tambahnya.

Kosmo! kelmarin melaporkan mengenai nasib malang dua sahabat itu yang cedera parah selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika tidur di sebuah rumah di Kampung Padang Merchang.

Posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Kemalangan, Bencana & Petaka | Leave a comment

Superman nahas

Oleh Zaid Salim - am@hmetro.com.my
USUNG...jenazah Ramli  dibawa  ke HSNZ untuk bedah siasat, malam kelmarin.
USUNG…jenazah Ramli dibawa ke HSNZ untuk bedah siasat, malam kelmarin.

MARANG (Harian Metro): Tindakan seorang lelaki membakar diri gara-gara meniru aksi siri kartun Superman kira-kira 28 tahun lalu menjadi kenangan sukar dilupakan keluarga mangsa kemalangan maut di Kampung Kelulut, di sini, malam kelmarin.

“Kejadian itu berlaku ketika arwah berusia 12 tahun dan terlalu meminati kartun Superman hingga terikut-ikut aksi superhero itu tanpa memikirkan kesan akibat perbuatan itu.

“Bermula tragedi itu, arwah yang melecur hampir keseluruhan badan enggan bersekolah kerana malu diejek rakan berikutan wajahnya yang melecur menyebabkan arwah menghadapi tekanan perasaan dan disahkan doktor sebagai pesakit jiwa,” kata Ismail Othman, 56, bapa kepada Ramli Ismail, 40, yang maut dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 malam.

Ismail berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya pada Januari lalu selepas arwah pulang ke rumahnya di Kampung Durian Burong, Kuala Terengganu.

Menurutnya, dia percaya arwah ketika itu melalui kawasan berkenaan dan singgah di rumahnya untuk meminta makanan sebelum keluar semula selepas selesai makan.

Posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Kemalangan, Bencana & Petaka | Leave a comment