1,960 pelajar terima bantuan Yayasan Terengganu

KUALA TERENGGANU 11 Mei (Utusan Malaysia)- Seramai 1,960 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) negeri ini yang menerima tawaran kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT) menerima bantuan daripada Yayasan Terengganu (YT) di sini baru-baru ini.

Sumbangan RM500 setiap seorang itu disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said sebagai menghargai kejayaan pelajar dan meringankan beban mereka yang akan mengikuti program asasi sains dan matrikulasi sesi 2010/2011.

Dua lagi bantuan yang sama akan diagihkan kepada pelajar dalam masa terdekat iaitu bagi mereka yang mendapat tawaran mengikuti program diploma dan ijazah yang setiap seorang akan diberi RM750 dan RM1,000.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Nurul Ittifaq, Besut, Nur Ezrasophia Nooraskin, 18, berkata, dia bersyukur atas keprihatinan kerajaan negeri terhadap kemajuan pendidikan anak negeri ini.

”Pemberian bantuan ini membuktikan kerajaan negeri amat prihatin kepada pelajar negeri ini yang mahu melihat semua anak Terengganu berjaya dalam pelajaran,” katanya.

Dia yang mendapat 11A dalam SPM 2009 ditawarkan mengikuti kursus Asasi Sains Kesihatan Bersekutu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak, Selangor.

About these ads

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to 1,960 pelajar terima bantuan Yayasan Terengganu

  1. Nor Fadhilatul Akmal Bt Yusof says:

    Assalamuaikum…saya Nor fadhilatul Akmal binti Yusof ingin memohon bantuan pendidikan dari yayasan Terengganu. Saya sekarang menuntut di Cosmopoint Kuala Terengganu tahun akhir, tapi pinjaman saya yang sebelum ini tidak mencukupi..banyak hutang-hutang dikolej perlu dijelaskan sebelum saya tamat belajar..saya juga bukan datang dari keluarga yang senang..Olehitu saya memohon jasa baik dari pihak yayasan dapat membantu kesulitan yang saya alami ini. Saya akhiri dengan ucapan terima kasih dan wasalam..

  2. siti nur farehah says:

    salam…… sy nak tanya, ade tak bantuan pendidikan terengganu untuk pelajar master?

  3. nurul suhada says:

    assalamualaikum… sy nk nk tanya, ada tak bantuan pendidikan yang di sediakan oleh kerajaan negeri bagi pelajar yang tidak lagi mendapat pnjaman dr mna-mna phak trmsuk ptptn. memendangkan kos sara hidup terlalu tnggi yg trpksa ditanggung kerana sy belajar di sabah dalam bidang ijzah sains sukan…bagaimanakah cara untuk sy memohon bantuan..??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s