Guna teknologi moden ternak burung walet

KUALA TERENGGANU 5 Jun (Utusan Malaysia) – Penggunaan peralatan berteknologi tinggi dan moden dalam perusahaan ternakan sarang burung walet mampu mengatasi kegagalan lebih kurang 70 peratus pengusaha industri itu di negara pada masa kini.

Ini kerana menurut kajian seorang konsultan penternakan burung walet, Phang Kam Wah yang juga merupakan pengasas Syarikat Nest Tech System Sdn. Bhd., melalui penggunaan peralatan berteknologi moden, ia membolehkan penternak sarang burung walet dijalankan secara semulajadi dan tidak mengganggu persekitaran.

Katanya, ia juga dapat meningkatkan hasil yang lebih baik berbanding menggunakan kaedah tradisional seperti yang dijalankan di Indonesia.

”Walaupun industri penternakan sarang burung walet dipelopori oleh Indonesia sejak 60 tahun lalu, namun mereka masih menjalankan penternakan secara konservatif dan tradisional.

“Ini menyebabkan hasil yang diperolehi tidak memberangsangkan malah sebanyak 80 peratus pengusaha mengalami kegagalan,” katanya kepada Mingguan Malaysia pada Seminar Penternakan Sarang Burung Walet Berteknologi Tinggi di Wisma Seri Amar di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden Persatuan Perdagangan Burung Walet Negeri Terengganu, Datuk Tok Teng Sai.

Mengulas lanjut, Kam Wah berkata, peluang pengusaha dalam industri penternakan sarang burung walet amat cerah apabila teknik penternakannya di negara ini semakin berkembang dan berinovasi.

Katanya, teknik pengurusan rumah burung walet di negara yang semakin teratur menjadikan industri tersebut lebih baik berbanding negara-negara pengeluar lain.

“Melalui kaedah penternakan rumah burung walet berteknologi tinggi, pengusaha hanya terdedah kepada risiko kegagalan sebanyak 30 peratus sahaja dan sebarang masalah yang timbul lebih mudah dikesan dengan penggunaan alatan moden.

“Antara peralatan yang boleh digunakan ialah sistem kawalan kelembapan jenis ionizer, sistem penyejukan bumbung automatik, cecair penyingkir rumah walet, penguji kelembapan dan suhu, corong pembesar suara jarak jauh, sarang burung palsu dan papan walet sudut khas,” jelasnya.

Dengan adanya Garis Panduan Industri Burung Walet yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi, beliau yakin industri itu bakal memberi pulangan kepada negara amnya dan pengusaha tempatan khasnya.

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI – utusanterengganu@utusan.com.my

About these ads

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan, Penyelidikan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Guna teknologi moden ternak burung walet

  1. Pada pendapat saya industri ini memang baru tapi ia sangat mendatangkan hasil yang tinggi berbanding industri lain..selamat berjaya

  2. Tanah seluas lebih 10 ekar daripada peninggalan ibubapa cukup untuk saya mengcuba nasib saya walaupun memang agak susah tak pernah dibuat..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s