Gagal SPM boleh sertai pelbagai kursus kemahiran

Para pelajar yang menerima anugerah kecemerlangan pendidikan bergambar selepas majlis penyampaian anugerah di Ekspo Pendidikan Terengganu 2010 di Pusat Dagangan Terengganu, semalam.



KUALA TERENGGANU 27 Sept. (Utusan Malaysia)- Kira-kira 3,000 pelajar yang dikenal pasti kemungkinan gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan didedahkan dengan pelbagai bidang kemahiran di beberapa institusi di negeri ini mulai tahun ini.

Kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan bagi menggerakkan program khusus itu agar menarik penglibatan mereka dalam bidang kemahiran bersesuaian dengan kecenderungan masing-masing selepas menduduki peperiksaan kelak.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, ia sebahagian daripada usaha menggembeling seluruh modal insan bagi membangunkan rakyat dan negeri.

Katanya, di samping tahap pencapaian kecemerlangan akademik yang terus memuncak di negeri ini, mereka yang gagal meneruskan pengajian perlu didorong untuk berjaya dalam lapangan lain.

”Melalui program yang akan dimulakan tidak lama lagi, pada peringkat awal (pengenalan) mereka akan ditempatkan di mana-mana pusat latihan kemahiran selama tiga hari.

”Ini termasuk di Institut Kemahiran Belia Negara, Institut Latihan Perindustrian, Kolej Komuniti, Tesdec dan Giat Mara yang menawarkan pelbagai bentuk latihan kemahiran.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2010 di samping perasmian Ekspo Pendidikan Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan anugerah berupa sijil dan wang tunai kepada pelajar dan sekolah yang mencatatkan kecemerlangan dalam pelbagai lapangan di peringkat negeri, negara dan antarabangsa.

Kata Ahmad Razif, peruntukan yang akan dikeluarkan agak besar bagi menjayakan program tersebut iaitu selepas peperiksaan, lepasan sekolah itu akan ditempatkan selama tiga bulan di institusi pilihan.

”Kerajaan negeri akan membiayai kos penempatan mereka di samping membekalkan duit saku sepanjang tempoh berkenaan dan akan terus menggalakkan mereka menyambung kursus selepas itu,” ujarnya.

Di samping itu jelasnya, para pelajar yang dikategorikan sebagai ‘bermasalah’ akan turut dilibatkan dalam Kem Monsun yang mulai diperkenalkan hujung tahun ini.

”Mereka akan menjadi anak angkat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dalam program yang bercorak motivasi di samping membentuk jati diri.

”Kita sedang menunggu kertas kerja daripada Jabatan Pelajaran negeri untuk diteliti dan sekiranya memberi kesan memberangsangkan, ia akan diteruskan pada masa depan,” katanya.

Beliau menegaskan, kepimpinan negeri memberi keutamaan yang begitu tinggi terhadap bidang pendidikan bagi memajukan anak bangsa dan negeri pada masa depan dengan peruntukan tahunan yang begitu besar iaitu melebihi RM200 juta.

Ia seiring dengan pelbagai langkah diambil bagi menyediakan pendidikan bertahap dunia kepada lebih 260,000 pelajar di 500 buah sekolah rendah dan menengah

”Ini termasuk pengenalan e-Book yang diperluaskan di mana pada bulan depan sejumlah 25,000 unit komputer riba mini itu akan mula dibekalkan kepada murid tahun empat.

”Di samping itu, pengembangan teknologi ini akan disusuli dengan tumpuan di peringkat sekolah menengah yang memerlukan perisian khas disediakan kelak,” ujarnya.

About these ads

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s