Bomoh kejar lembaga

JERTIH (Harian Metro): Rumah gadis misteri di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, yang kerap ghaib menjelang senja dan tengah malam diserbu ratusan penduduk apabila dua bomoh yang merawat gadis itu mendakwa berjaya menangkap sembilan jin dan makhluk halus, malam tadi.

Dua bomoh itu yang datang untuk menawarkan khidmat percuma selepas mengetahui kisah gadis itu menerusi akhbar sejak Selasa lalu, berpecah ketika sesi merawat, dengan seorang mengerjakan solat di dalam rumah dan seorang lagi menggunakan jampi di luar rumah.

TERTARIK... orang ramai berebut-rebut mengambil gambar jin dan makhluk halus yang dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum ia dihanyutkan ke laut oleh bomoh malam tadi.
TERTARIK… orang ramai berebut-rebut mengambil gambar jin dan makhluk halus yang dimasukkan ke dalam tabung khas sebelum ia dihanyutkan ke laut oleh bomoh malam tadi.

Selepas 15 minit kedua-dua bomoh itu merawatnya, rakan bomoh di luar rumah ternampak satu lembaga dan terus mengejar lalu berjaya menangkap makhluk berkenaan.

Kerja menangkap berkenaan berlangsung satu demi satu sebelum sembilan jin atau makhluk halus berjaya ditangkap, menyebabkan beratus-ratus penduduk setempat menyerbu rumah gadis itu dan melihat usaha bomoh menangkap makhluk itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi, Ramlan Ali serta isteri turut hadir untuk melihat peristiwa yang menggemparkan penduduk daerah ini.

Ramlan berkata, selepas menangkap sembilan jin dan makhluk itu, bomoh terbabit memasukkannya ke dalam bekas khas yang bertutup bagi mengelak ia keluar.

Orang ramai yang menyaksikannya tidak melepaskan peluang mengambil gambar dan video, kebanyakannya menggunakan telefon bimbit, untuk dijadikan kenangan dan bahan bukti kejayaan bomoh berkenaan.

Ibu gadis itu, Norizan Said, 47, ketika ditemui berkata, sejak kisah anaknya disiarkan media ini, Selasa lalu, seramai 17 bomoh datang menawarkan diri untuk merawat Siti Balqis secara percuma, tetapi kejadian malam tadi paling kemuncak apabila bomoh berkenaan menunjukkan kepakaran berjaya menangkap makhluk yang sebelum ini didakwa menjadi punca anaknya ghaib.

Usaha wartawan Berita Minggu untuk mendapatkan komen dan mengambil gambar dua bomoh itu gagal kerana mereka tidak mahu menonjolkan diri, sebaliknya memberitahu makhluk halus yang ditangkap akan dihanyutkan ke laut.

Laporan dan foto MOHAMMAD ISHAK
am@hmetro.com.my
2010/10/10
************
About these ads

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Bomoh kejar lembaga

  1. che mat jahil says:

    Asalammualaikum ustaz ustaz.hafiz.berkelulusan.tinggi berjawatan tinggi dimenera gading..
    BOLIH DIPERBODOH.DIPERAIN MAIN KAN. MEMPERCAYAI LAKUNAN SANDIWARA SITI BALQIS .PELAKUN WANITA TERBAIK.TAHUN 2010 AHLI DAN TERMASUK AHLI KELUARGA NYA.JUGA .BERSUBAHAT JADI PELAKUN PEMBANTU TERBAIK…
    DAN RAMAI LAGI .MUNGKIN BERATUS ORNG .DIANTARA MEREKA MEREKA IA LAH.USTAZ SHARHAN.DARI RAWATAN SINAR ZAMDURANI.BONGKAK TAKBUR .MENDAHULUI KUASA ALLAH.MENDAKWA .SITI BALQIS SEMBUH DENGAN RAWATAN ISLAM NYA .YANG SEMPURNA BERDASAR KAN.ALQURAN DAN HADIS.
    HENDAK MENUJUK NUNJUK.KEHEBATAN NYA.YANG DIA LEBIK HEBAT .DARIPADA.. USTAZ USTAZ.PENGAMAL PENGMAL.PERUBAT ISLAM.DARI YAYASAAN ISLAM TERNGGANU.MENDAHWA BERJAYA MENANGKAP.12 JIN YANG MENGANGGU SITI BALQIS. TETAPI SITI BALQIS .QAIB JUGA…MEREKA INI TIDAK SAHEBAT USTAZ SHARHAN.
    KERANA MEREKA.MEMPERALAT KAN. PERUBATAN ISLAM MEREKA.BERDASAR KAN.QURAN DAN HADIS.KERANA ITU LAH.PEMBOHONGAN MEREKA.TIDAK ADA SIAPA BERANI .MEMPERTIKA
    PADA PENDAPAT SAYA YANG JAHIL.CARA RAWATAN ISLAM MEREKA AMAT MENYELEWENG.JAUH.YANG BERDASAR KAN ALQUAR DAN HADIS.
    MEREKA MEMPERALAT KAN .KISAH NABI MUHAMMAD ALAIHISALAM.DISIHIR OLIH ZUBAIK.YANG MERAWAT NABI.SAHINGA SEMBUH .DENGAN IZIN ALLAH.IA LAH MALAIKAT JIBRIL ALAIHIWASSAM.DENGAN MEMBACA .AYAT AYAT.SUCI ALQURAN.MENIUP KATELINGA .NABI MUMAHAMMAD ALAIHIWASSLAM.
    KENAPA MEREKA TIDAK IKUT .CARA MALAIKAT JIBRIL MERWAT NABI HANYA.DENGAN MENIUP.AYAT AYAT.SUCI ALQURAN KATELINGA NABI.KENAPA MERAWAT JAUH MENYIMPANG.
    BETUL KAH CARA RAWATAN MEREKA.MENGIKUT BERDASAR KAN.ALQURAN DAN SUNAH.DENGAN CARA MENYIKSA.PESAKIT DENGAN MEMICIT.JARI KAKI PESAKIT.MEMUKUL DENGAN KAYU.BILA PESAKIT MENJERIT KESAKITAN LAGI KUAT DIPICIT.KUNUN NYA.KATA NYA.YANG MENJERIT KESAKITAN .IA LAH PERPULUH EKOR JIN.BERSARANG.DALAM BADAN PESAKIT.KUNUN NYA.POWER AYAT AYA SUCI ALQURAN . YANG MEREKA BACA.MENYBAB KAN.JIN KESAKITAN.
    BETUL KAH.APA BILA KITA JADI SORANG PENGMAL PERUBATAN ISLAM .KITA BOLIH NAMPAK .JIN IBLIS SYAITAN DAN HANTU.BOLIH TANGKAP JIN .MASUKAN .KEDALAM BOTOL. .JIKA BETUL MEREKA BOLIH NAMPAK .BOLIH MENGIRA BERAPA PULUH EKOR JIN. DALM BADAN PESAKIT..JIKA BETUL AYAT AYAT SUCI YANG MEREKA BACA.SAPERTI KATA MEREKA. ADA POWER .BOLIH MEMBINASA JIN..SUDAH TENTU JIN AMAT TAKUT.PADA MEREKA.KENAPA PERLU MENYIKSA PESAKIT.MEMICIT JARI KAKI MEMUKUL DENGAN KAYU..BUKAN JIN YANG SAKIT.SEBENAR NYA. ORANG YANG SAKIT.
    KENAPA BODOH SANGAT JIN JIN.DALAM BADAN PESAKIT.DIA TAHU ORANG YANG DIA BERSARANG DALAM BADAN.HENDAK PERGI BERUBAT. MENYEKSA NYA.KATEMPAT RAWATAN ISLAM.SABELUM SAMPAI GILIRAN NYA.DIA SUDAH PUN MELIHAT MENDENGAR .KAWAN KAWN.JIN NYA.DISEKSA OLIH USTAZ USTAZ. MENJERIT SAKIT TERPEKIK TELOLONG.KENAPA LAH BODOH SANGAT JIN JIN DALAM BADAN.SANGUP MENUNGU GILIRAN NYA.UNTUK DISEKSA…SEPATUT NYA KELUAR LAH DULU.DARI BADAN PESAKIT. BILA PESAKIT KELUAR DARI TEMPAT PENYIKSAAN. MASUK LAH BALIK.KADALAM BADAN ORANG YANG DIA BERSARANG.
    SETAHU SAYA YANG JAHIL .DIDUNIA TAK ADA.SATU UNIVERSITI PUN. YANG ADA MENGAJAR MATA PELAJARAN.UNTUK MELIHAT JIN.HANTU .IBLIS. DAN SYAITAN.WALAU SETINGGI LANGIT PUN ILMU NYA.DIA TETAP TIDAK BOLIH MELIHAT .MAQLUK QAIB.SAYA JUGA YAKIN ADA MANUSIA BOLIH MELIHAT.DENGAN IZIN ALLAH YANG MAHA BERKUASA.TIDAK SAMISTI NYA.DIA PENGMAL BERUBATAN ISLAM.BERDASAR KAN ALQURAN DAN HADIS……
    HARAP MAAF KAN SAYA JIKA TULISAN SAYA MEYINGGUNG PERASAAN SESIAPA JUGA..JIKA TULISAN SAYA INI TIDAK BETUL TOLONG BETUL KAN.SAYA SANGAT.BERTERIMA KASEH JIKA ADA SESIPA SUDI MENEGUR KESILAPAN SAYA.JIKA SAH SAYA.MEMANG TIDAK BETUL SAYA SANGGUP BERJUMPA DENGAN MEREKA.UNTUK MINTAK MAAF.DAN MOHON KEAMPUNAN DARI MEREKA.
    KITA SEMUA TAHU ALLAH AKAN AMPUN DOSA KITA. JIKA KITA ADA BERSALAH DENGAN HAMBA NYA.
    KESILAPAN USTAZ USTAZ .RAWATAN ISLAM SAPERTI TERSEBUT DIATAS .SUDAH TERANG LAGI BERSULUH.MENYELEWENG.DARI LANDASAN ISLAM.JIKA KITA TAHU BUAT BUAT TAK TAHU .SUDAH TENTU DIKIRA BERSUBSUHAT.
    INI PENDAPAT SAYA YANG JAHIL.JAHUHI LAH.JANGAN LAH BERKAWAN.DENGAN KAWAN .TERANG TERANG KITA BUAT KESILAPAN .DIA TIDAK MENEGUR.MASIH MEMUJI KITA.KATA KITA.BETUL…..
    BERKAWAN LAH. DENGAN ORANG YANG SUKA MENEGUR KESILAPAN KITA.
    SEKIAN TERIMA KASIH.

  2. che mat jahil says:

    membetul kan kesilapan tulisan saya.saperti tersebut diatas.
    Sebenar nya.yang saya nak tulis begini.ALLAH TIDAK AKAN AMPUN KAN DOSA KITA.SELAGI ORANG YANG KITA ADA BUAT KESALAHAN DENGAN NYA. TIDAK MEMAAF KAN KITA…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s