SMK Lembah Bidong juara pancaragam

KUALA TERENGGANU 17 Okt. (Utusan Malaysia) – Persembahan kreatif kumpulan pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong, Setiu berjaya memukau penonton sekali gus muncul juara Pertandingan Pancaragam Sekolah Menengah Elit Premier Negeri Terengganu.

Pertandingan tersebut berlangsung di Stadium Negeri di sini semalam bermula sebelah pagi dengan kemuncaknya kira-kira pukul 4 petang.

Selain berjaya menundukkan 15 pesaing lain, seorang peserta kumpulan berkenaan, Azmil Azhan dinobatkan sebagai Drum Major Terbaik bagi pertandingan tersebut.

SMK Lembah Bidong pada masa sama turut meraih anugerah Persembahan Terbaik selepas menewaskan SMK Padang Midin (tempat kedua) dan SMK Tengku Mahmud di Besut (tempat ketiga).

Johan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 beserta piala iringan diikuti naib johan (RM2,000) manakala tempat ketiga (RM1,000).

Hadiah disampaikan Ketua Sektor Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Ngah Bidin dan turut dihadiri Naib Presiden Persatuan Pancaragam Malaysia, Datuk Zulkifli Ishak.

Sementara itu, Ngah Bidin dalam ucapan penutupnya menyeru sektor korporat turut melibatkan diri dalam membantu pembangunan sekolah khususnya dalam memajukan aktiviti kokurikulum.

Menurutnya, pembangunan di bidang kokurikulum sememangnya perlu dipertingkatkan agar selari dengan keupayaan akademik seterusnya untuk membantu negara mencapai status negara maju.

“Saya sedar cabaran untuk mengekalkan kegemilangan amat sukar dan laluan untuk menjadi terbaik antara yang terbaik amat payah tetapi komitmen pelbagai pihak boleh mencetuskan semangat juang yang kental,” katanya.

Beliau juga mengakui tidak semua sekolah di negeri ini mempunyai pasukan pancaragam mereka sendiri kerana aktiviti tersebut agak rumit dan kompleks.

“Bagaimanapun, pasukan yang ada perlu mempertingkatkan keupayaan dengan merangka sistem latihan lebih kemas dan menambah alatan tertentu bagi membolehkan mereka beraksi secara tersusun,” ujarnya.

About these ads

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan. Bookmark the permalink.

One Response to SMK Lembah Bidong juara pancaragam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s