Cambahkan minat pelajar bidang bioteknologi

KUALA TERENGGANU 21 Okt. (Utusan Malaysia) – Warga pendidik diminta memainkan peranan dalam usaha membantu mencambahkan minat pelajar dalam bidang bioteknologi bagi memberi gambaran dan sumber rujukan yang jelas agar mereka lebih memahami tentang bidang itu.

Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC, Datuk Mohd. Alim Muda berkata, bidang bioteknologi yang merupakan antara bidang pemacu ekonomi negara terpenting itu dilihat mampu memberi pelbagai peluang pekerjaan pada masa kini.

Katanya, warga pendidik khususnya guru biologi dan pakar kaunselor perlu memberi pendedahan berkenaan memandangkan masih ramai yang terlepas pandang akan manfaat dan nilai sebenar industri tersebut.

“Bioteknologi adalah satu salah satu daripada bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup manusia daripada pelbagai aspek namun masih ramai yang tidak mengetahuinya.

“Pelbagai peluang pekerjaan dalam industri ini perlu diisi merangkumi penyelidikan, pengusahaan, tenaga pengajar, harta intelek, pemasaran dan sebagainya,” katanya ketika berucap dan merasmikan BioEducation Monsoon Camp (BMC) 2010 di Ri-Yaz Heritage Marina Resort dan Spa Pulau Duyung dekat sini kelmarin.

Program anjuran BiotechCorp dengan sokongan Kolej TESDEC dan Jabatan Pendidikan negeri Terengganu ( JPNT ) tersebut disertai seramai 80 warga pendidik dan kaunselor dari negeri Terengganu.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan. Bookmark the permalink.

One Response to Cambahkan minat pelajar bidang bioteknologi

  1. zul says:

    blh ka ambik biotech untuk pendidikan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s