KUALA TERENGGANU 16 Nov. (Utusan Malaysia)– Inforana Holding Sdn. Bhd., yang menyelia Kolej Inforana memperluaskan sayapnya dengan menubuhkan sebuah resort di Tok Jembal di sini.
Resort Quinara Village itu yang akan menjadi pusat latihan untuk para pelatih kolej itu dijangka dibuka tahun depan.
Pengerusi Eksekutifnya, Ahmad Ramzi Abdul Rahman berkata, Quinara Village Resort akan menjadi hab latihan untuk pelatih Kolej Inforana dalam bidang kulinari, penyeliaan makanan dan minuman, penyambut tetamu, perhotelan dan pelancongan.
Menurut beliau, resort bertaraf tiga bintang yang terletak di kawasan seluas kira-kira 3.6 hektar itu mempunyai 48 bilik.
Katanya, ia turut menempatkan dewan besar yang mampu memuatkan kira-kira 500 orang, restoran dan unit pentadbiran dengan kos membabitkan RM9 juta.
‘‘Selaras dengan perkembangan ini, Inforana akan turut meningkatkan kursus di peringkat diploma dan ijazah tidak lama lagi,’’ katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Beliau berkata, Inforana ditubuhkan pada April 2002 dan didaftarkan sebagai institusi pengajian tinggi swasta dengan Kementerian Pendidikan sebelum ini dan diperbadankan menjadi Inforana Holding Sdn. Bhd. pada Julai 2003 setelah lapan tahun beroperasi.
Katanya, Inforana menawarkan pendidikan dalam bidang kemahiran teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), pengurusan, vokasional dan teknikal, jahitan dan fesyen, perhotelan dan pelancongan serta keusahawanan.
Katanya, antara kursus yang dicadangkan ialah diploma dalam pengurusan perhotelan, pengurusan pelancongan dan pengurusan restoran setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi selain mengekalkan kursus-kursus yang sedia ada.



Blog "The Sulaimanian"
Selamatkan Warisan Sejarah Trengganu
Save Our Historical Heritage
saya bekas student inforana bandar kuala terengganu,saya nak tanya tak ada ke peluang pekerjaan untuk bekas student pelajar inforana di dalam kolej inforana??
ada,,,,htr resume,nanti pihak kolej akan buat tapisan untuk ditemuduga…tq
tahu x no telefon quinara village resort?
saya student diploma pengurusan hotel dan pelancongan dari uitm dungun terengganu, saya nak tanya ada tak kekosongan kerja di Quinara Village Resort?
saya bekas pelajar inforana marang. bleh saya tahu tak kenapa kami masih tidak dipanggil konvo selepas penangguhan konvo pada tahun 2006? apa yang sebenarnya berlaku?