Bank Muamalat Buka Cawangan Di Kemaman

KOTA BAHARU, 28 Nov (Bernama) — Bank Muamalat Malaysia Berhad akan membuka cawangan di Kemaman, Terengganu pada penghujung Mac tahun depan.

Pengurus Wilayah Pantai Timurnya, Nik Mohd Hashim Abdul Hamid berkata dengan pembukaan cawangan baru itu kelak akan menjadikan kesemuanya sembilan cawangan bank berkenaan dibuka di wilayah Pantai Timur.

“Sehingga kini di kawasan Pantai Timur telah memiliki lapan cawangan Bank Muamalat iaitu empat di Kelantan, tiga di Pahang dan satu di Terengganu.

“Pembukaan cawangan baru di Kemaman itu merupakan cawangan kedua yang dibuka di Terengganu selepas cawangan di Kuala Terengganu,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Cash Bonanza Bagi Bulan Oktober di sini Ahad.

Pada majlis itu, seorang pemenang bertuah yang merupakan pendeposit di cawangan Kota Baharu, Mohd Sabri Mat Ail berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.

Tanpa menyebut kos pembukaan cawangan baru itu Nik Mohd Hashim berkata cawangan baru itu dijangka dibuka sebelum penghujung Mac tahun hadapan.

“Pihak Bank Muamalat Pusat telah memberi kelulusan pembukaan cawangan baru itu dan kita sedang mencari dan mengenal pasti bangunan yang sesuai untuk disewa bagi pembukaan cawangan itu,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan yang lain beliau berkata Bank Muamalat menyasarkan pertambahan deposit menerusi pelancaran kempen Cash Bonanza 2010 sebanyak RM500 juta sehingga berakhir tahun kewangan semasanya pada Mac depan.

“Kempen kali ini kita sasarkan tambahan deposit sebanyak RM500 juta atau pertumbuhan sebanyak 20 peratus daripada jumlah keseluruhan deposit konsumer bagi akaun semasa dan simpanan yang sedia ada.

“Sehingga kini kita telah memperolehi sebanyak RM10 bilion deposit dan kita sasarkan pertambahan RM500 juta lagi dapat diperolehi sebelum tahun kewangan kita berakhir pada Mac depan,” katanya.

Manakala bagi pembiayaan, pihaknya menyasarkan tambahan RM1 bilion lagi daripada RM7 bilion yang ada sehingga kini, katanya.

– BERNAMA

About these ads

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s