Sekolah Rendah Islam terus bertahan

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 7 Jan. – Ketika satu demi satu sekolah swasta terpaksa ditutup ekoran sambutan yang berkurangan dan kekangan kewangan, masih ada yang mampu bertahan.

Di bandar raya ini umpamanya, sebuah sekolah rendah swasta kini memasuki usia 12 tahun dan terus beroperasi ekoran kepercayaan masyarakat.

Beroperasi dalam suasana agak senyap, tanpa sebarang promosi dan mungkin masih ramai yang tidak menyedari kewujudannya.

Namun ia masih mendapat tempat di kalangan masyarakat sebagai satu alternatif kepada mereka dalam membuat pilihan untuk menempatkan anak-anak belajar.

Dikenali sebagai Sekolah Rendah Islam Pintar (SRIP) Tahfiz Kuala Terengganu, sekolah ini mula dibuka pada 1999 dengan memiliki pelajar sebanyak 45 orang.

Penaung SRIP, Nabillahiyaumi Aman Razali berkata, bagaimanapun jumlah terkini pelajar di sekolah tersebut kini mencecah hampir 200 orang.

Katanya, pihak sekolah kini sedang menunggu bangunan baru sekolah itu siap pada tahun depan bagi menyediakan suasana pembelajaran dan pengajaran lebih dan mampu menampung 300 murid.

Jelas beliau, apabila jumlah itu bertambah, mudah bagi pihaknya merencanakan sebarang perancangan terutamanya berkaitan dengan pengajian di situ.

“Selain bidang akademik, sekolah ini amat menekankan mengenai pendidikan agama terutamanya bidang hafazan memandangkan ia sebuah sekolah pengajian tahfiz.

“Pada 2007 yang lalu, 11 daripada 18 murid yang mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berjaya memperolehi keputusan cemerlang iaitu 5A,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sekolah itu dibahagikan kepada 11 kelas yang membabitkan murid Tahun Satu hingga Tahun Enam serta mempunyai sebuah tabika dengan bimbingan 14 orang tenaga pengajar.

Pemangku Guru Besar sekolah berkenaan, Aswat Mohd. Nor pula memberitahu, pihaknya kini berhajat untuk menjadikan sekolah pengajian tahfiz itu sebagai institusi pendidikan Islam moden selepas ini.

Katanya, ia bagi melahirkan generasi cemerlang dalam mempelajari dan memahami isi kandungan serta menghafal keseluruhan ayat suci al-Quran.

“Jika melihat kepada generasi remaja kita pada hari ini, terdapat pelbagai gejala yang mempengaruhi mereka seperti murtad dan isu keruntuhan moral yang membawa kepada perlakuan tidak sihat.

“Justeru, bagi membendung perkara seperti ini, sokongan daripada ibu bapa ketika anak-anak membesar adalah amat perlu bagi menjamin tumbesaran yang sihat di samping memahami dan mengamalkan ajaran agama dengan cara yang betul,” kata beliau.

Menurut Aswat, bagi tujuan berkenaan, pihak sekolah akan terus berusaha melahirkan pelajar yang berilmu dan beriman dan berharap agar ibu bapa menyokong usaha itu secara berterusan.

About these ads

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Islam, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s