ILP Kuala Terengganu terima 305 pelatih

SEBAHAGIAN pelajar baru pada Majlis Penutup Minggu Silaturahim di ILP Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 9 Jan. (Utusan Malaysia) – Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu menerima kemasukan 305 pelatih bagi sesi pengambilan pertama tahun ini.

Seramai 165 orang mendaftar diri minggu lalu manakala selebihnya pada pertengahan bulan ini dan daripada keseluruhan jumlah itu, 10 peratus adalah perempuan.

Pengarahnya, Abdul Halim Abd. Rahman berkata, pelajar perempuan turut memilih bidang yang selama ini hanya melibatkan pelatih lelaki termasuk binaan bangunan.

“ILP tidak pernah mengehadkan kemasukan penuntut perempuan ke mana-mana 11 kursus peringkat sijil dan diploma ditawarkan di kampus ini,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita sempena Majlis Penutup Minggu Silaturahim pelajar baru di sini hari ini.

Hadir menyempurnakan majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Tepoh, Muhammad Ramli Nuh.

Abdul Halim berkata, antara kursus yang ditawarkan adalah mekanik industri, pemesinan am, pemasangan paip gas, binaan paip dan sanitari, penyejukbekuan dan penyaman udara serta penjaga elektrik voltan rendah.

“Sementara itu kursus seperti binaan bangunan, binaan berasaskan kayu dan teknologi elektrik mula disertai penuntut perempuan,” katanya.

Beliau memberitahu, melalui pemantauan Bahagian Komuniti dan Perkhidmatan Sokongan Kerjaya (CESS), ILP hampir kesemua lulusan di pusat ini berjaya mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan pengajian mereka.

Ujarnya, begitu juga dengan kursus kemahiran perkayuan yang sering dipandang ‘lekeh’ oleh sesetengah pihak sebenarnya begitu luas bidang kerjaya selepas tamat kursus.

“Selain mendapat tempat di sektor industri perkayuan, lulusan bidang ini mempunyai peluang cerah untuk menjadi usahawan berdasarkan kepada khidmat bidang ini yang semakin meningkat dan agak lumayan,” jelasnya.

Kata beliau, kemasukan pelajar sesi baru bersama 740 pelajar lama begitu bertuah kerana mereka dapat belajar dalam suasana yang lebih selesa dan kemudahan lengkap apabila projek menaik taraf prasarana kampus sejak Januari 2009 telah siap.

“Projek bernilai RM7 juta itu meliputi pembinaan dewan kuliah utama, dewan makan, bangunan pentadbiran dan kewangan, menara tangki air simpanan, tempat letak kereta dan gelanggang sukan.

“Apa yang menjadi bukti kehebatan produk yang dilahirkan oleh ILP ini, dewan kuliah utama yang menjadi tempat perasmian pada pagi ini sebenarnya dibina oleh kontraktor yang mendapat didikan di kampus ini,” ujarnya.

About these ads

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s