Badan Perhubungan Umno Terengganu Dirombak

BESUT, 21 Jan (Bernama) — Badan Perhubungan Umno Terengganu akan mengalami rombakan dalam usaha untuk mendapatkan kembali sokongan padu ahli selain memantapkan kembali Umno negeri, kata Pengerusi Badan UMNO Perhubungan Negeri Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata senarai rombakan itu akan diumumkan dalam mesyuarat pertama Badan Perhubungan Umno Negeri tahun ini yang akan diadakan pada 25 Jan di Kuala Terengganu.

“Yang pastinya senarai jawatankuasa baru ini akan memperlihatkan kombinasi muka lama dan baru,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Veteran UMNO Bahagian Besut Bersama Pemimpin yang diadakan di Dewan Gong Kemuntong, Jerteh di sini Jumat.

Ahmad, bagaimanapun, enggan menamakan antara pemimpin Umno negeri yang terlibat dalam rombakan itu.

Katanya surat jemputan kepada mereka yang tersenarai menduduki jawatankuasa baru itu dan Ketua Umno Bahagian akan dihantar dalam jangka masa terdekat.

Ahmad berkata seorang pegawai khas akan dilantik di setiap bahagian dalam usaha untuk memperkemaskan lagi anggota veteran UMNO di Terengganu.

Pada masa ini, jumlah ahli veteran UMNO yang masih bergerak aktif di Terengganu hampir mencecah 50,000 yang merupakan sembilan peratus jumlah pengundi di Terengganu sekarang, katanya.

– BERNAMA

About these ads

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Politik. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s