Derita akibat sindrom nefrotik

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA -pengarang@utusan.com.my

Mek Salmah Abd. Rahman menemani anaknya, Tg. Mohd. Haikal Afify Tg. Mohd. yang menderita penyakit Nephrotic Syndrome menyebabkan perut dan mukanya membengkak dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, semalam. – utusan/Shaifudin Mohd. Nor

KUALA TERENGGANU 14 Feb. – Sesiapa sahaja pastinya tidak sampai hati apabila melihat kanak- kanak ini terutama apabila membayangkan betapa seksanya dia menanggung derita akibat penyakit yang dihidapinya.

Perut Tg. Mohd. Haikal Afify Tg. Mohd., 6, kelihatan membusung dengan wajah serta beberapa anggota lain semakin membengkak.

Sesekali terdengar rengekan dan tangisan kanak-kanak ini, mungkin untuk meredakan sedikit kesakitan yang ditanggungnya akibat penyakit yang dikenali sebagai sindrom nefrotik.

Sejak dikesan menghidap penyakit itu empat tahun lalu, hospital seolah-olah telah menjadi “rumah kedua” bagi Tg. Mohd. Haikal Afify.

Keadaan kesihatan anak bongsunya itu telah menambahkan lagi dugaan dan tanggungan yang perlu digalas oleh Mek Salmah Abd. Rahman, 41, yang terpaksa menyara keluarga setelah suaminya, Tg. Mohd. Tg. Sulong, 49, seorang tukang rumah, hilang upaya sejak tiga tahun lalu.

Suaminya menghadapi masalah penglihatan serta menghidap penyakit saraf sehingga menyebabkan segala pergerakannya terbatas dan bergantung harap kepada bantuan RM200 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sebahagian daripada jadual kerja Mek Salmah sebagai pengawal keselamatan terpaksa dibahagikan dengan sebaik mungkin bagi membolehkan dia menemani anak bongsunya itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Mek Salmah yang menetap di Kampung Durian Mas, Manir dekat sini ditemui hari ini semasa menemani Tg. Mohd. Haikal setelah anaknya itu dimasukkan ke wad buat kali ke-14 sejak empat tahun lalu semalam.

Menurut Mek Salmah, anak bongsunya itu jarang menangis kecuali terlalu sakit apabila penyakit itu kembali menyerang.

“Doktor yang merawat Haikal mengesyorkan supaya membawa dia berjumpa doktor pakar di Kuantan.

“Bagaimanapun, dengan pendapatan hanya RM680 sebulan, saya memang tidak mampu. Jadi, cukuplah dia dirawat di sini sahaja,” ujar ibu kepada lapan anak itu ketika ditemui di HSNZ hari ini.

Sindrom Nefrotik merupakan sejenis penyakit buah pinggang peringkat glomerular yang menyebabkan kehilangan protein yang banyak menerusi air kencing.

Ia turut mengakibatkan pengumpulan air dalam badan, penurunan paras protein seperti albumin dalam darah manakala paras lelemak meningkat yang boleh membekukan darah sehingga menyebabkan penghidap mudah dijangkiti penyakit.

Dalam pada itu, Mek Salmah berkata, setiap kali mendapat rawatan di hospital, doktor akan memeriksa darah anaknya itu bagi mengesan sekiranya berlaku masalah buah pinggang dan setakat ini hanya salur buah pinggangnya dikesan bocor.

Selain Tg. Mohd. Haikal Afify, Mek Salmah mempunyai tujuh lagi anak. Bagaimanapun, dua daripada mereka mati lemas manakala seorang lagi meninggal dunia akibat demam panas ketika mereka masih kecil.

Anak sulungnya yang berusia 23 tahun pula kini berada di Kuala Lumpur untuk mencari kerja manakala yang kedua telah berkeluarga dan menetap di Perak.

Dua lagi anaknya yang bersekolah di tahun dua dan tingkatan dua pula masih tinggal bersamanya.

About these ads

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran, Kesihatan & Kebersihan. Bookmark the permalink.

One Response to Derita akibat sindrom nefrotik

  1. rahimah khali says:

    saya terpanggil untuk memberi sedikit pengalaman saya sewktu anak bongsu saya mendapat penyakit syndrome nefrotik semasa belia berumur 8 tahun. bayangkan aja perasaan saya waktu doktor memberitahu yang dia mempunyai masalah kesihatan berkaitan dengan buah pinggang. Semasa itu muka dan mata nya telah membengkak. Anak saya terus dirujuk ke hospital besar kuala lumpur.
    Pemeriksaan telah di lakukan keatas nya. setiap hari mukan dan perutnya semakin membesar. Beliau telah diberikan ubat steroid (predinislone) untuk membantu air yang terkumpul didalam badan nya keluar. Steroid ni kalau dimakan berpanjangan akan mereput tulang2 kepada patient tersebut. Dia telah di masukkan selama hampir 2 minggu. Tiap2 hari darah nya akan diambil untuk dianalisis kan. Kerja saya pula akan merekod kan air kecing nya didalam buku catitan. Tapi alhamdulilah selepas 1 bulan muka dan perutnya kembali keasal.
    Tetapi syndrome ni akan berulang setiap 5 atau 6 bulan sekali. Bergantung kepada tahap ketahanan badan dan kerasian ubat steroid itu. Dalam setahun anak saya telah dimasukan kedalam wad sebanyak 2 atau 3 kali. Dia banyak ketinggalan bersekolah.

    Berkat kesabaran dan commitment kami dan commitment pakar nefrologi HKL anak saya telah sembuh pada umurnya meningkat 12 tahun iaitu sebelum beliau menduduki peperiksaan USPR. Selama 4 tahun le saya berulang alik ke HKL untuk membuat follow up.

    At last after 31/2 years taking the steroid, Dr. Yap (the best doktor nefro inMalaysia) decide to change his medication from prenisolone to cyclosphomide another steroid which is higher risk then prenisolone.After taking for 12 weeks I can see the changes in him. Dah tak relapse lagi macam dulu asyik kena pegi hospital aje.

    I wish I can help adik Haikal kalau dia nak cuba berubat kat sini. Dr. Yap kat
    HKL is the best nefro doktor in Malaysia. She is very dedicated and reliable doktor.Cuma kena tahan sekit dengan mulut nya kalau tak ikut nasihat dan panduan yang diberi.

    Wasalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s