Peranan Sektor Awam Penting Dalam Industri Pelancongan

KUALA TERENGGANU, 19 Mei (Bernama) — Peranan sektor awam sangat penting dalam industri pelancongan dalam usaha kerajaan Terengganu untuk menjadikan sektor itu sebagai sumber pendapatan negeri ini pada masa akan datang.

Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Bahagian Sektoran Tun Ahmad Faizal Tun Abdul Razak berkata, ini kerana kakitangan awam seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dan lain-lain merupakan orang pertama menemui pelancong apabila mereka berkunjung ke negara ini.

“Kalau pelancong luar negara datang, ia mesti menemui terlebih dahulu pegawai Imigresen, Kastam, polis dan lain-lain sebelum pemandu teksi, pekerja hotel, peniaga dan sebagainya.

“Dengan sebab itu kakitangan awam juga perlu mainkan peranan dalam sektor ini dengan memberi layanan yang baik kepada pelancong, agar mereka kembali melancong ke negara ini selain mewar-warkan kepada rakan-rakan tentang layanan baik yang kita berikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menutup kursus Act Tourism anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Terengganu di sini yang turut dihadiri Pengarahnya Ahmad Fathil Abdul Ghani.

Pada kursus sehari bagi membantu mereka yang bekerja di barisan hadapan itu memperoleh kemahiran dan pengetahuan bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan, sebanyak 28 jabatan dan agensi kerajaan mengambil bahagian melibatkan 96 peserta.

Tun Faisal berkata, ketika ini Terengganu memperoleh pendapatan hampir RM2 bilion setahun daripada hasil petroleum dan gas dan pendapatan itu cuba diraih melalui sektor pelancongan pada masa akan datang.

Bagaimanapun katanya, walaupun Terengganu dilimpahi pelancong dan mendapat hasil yang banyak daripada bidang itu pada masa akan datang, tetapi hanya sedikit sahaja diperoleh kerajaan kerana ia terus diperoleh oleh rakyat seperti pengusaha perhotelan, peniaga, pemandu teksi dan sebagainya.

“Kerajaan dapat juga sedikit melalui kutipan cukai dan sebagainya tetapi yang lebih penting ia dapat menjana dan meningkatkan sumber pendapatan rakyat itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata, dengan sebab itu peranan yang dimainkan oleh mereka yang berada di barisan hadapan dalam bidang itu amat penting agar pelancong yang datang merasa mereka dihargai dan dilayan dengan baik.

– BERNAMA

About these ads

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s