Sesat di kubur – Esakan di makam keramat

Oleh Sufian Thauri Muhammed dan Ahmad Rabiul Zulkifli - am@hmetro.com.my
KUNCI...Kori mengunci pintu makam Tok Pulau Manis yang gagal ditemui tiga kaki ekor.
KUNCI…Kori mengunci pintu makam Tok Pulau Manis yang gagal ditemui tiga kaki ekor.

KUALA TERENGGANU: “Tiga lelaki berserban dan berjubah itu merayu sambil menangis teresak-esak kepada saya meminta pertolongan menunjukkan jalan keluar dari kawasan makam Tok Pulau Manis selepas semalaman berlegar-legar kerana tidak nampak pintu keluar,” kata Imam Masjid Pulau Manis di sini, Kori Endut.

Kori, 68, berkata demikian ketika mendedahkan mengenai padah menimpa tiga lelaki berlagak alim yang melakukan upacara pemujaan nombor ekor di kubur ulama terkenal, Syeikh Abdul Malik Syeikh Abdullah di Kampung Pulau Manis, Serada, di sini.

Beliau berkata, tiga lelaki berusia 40-an terbabit lengkap berserban dan berjubah bagi mengabui mata orang ramai ketika memuja nombor ekor di kubur ulama yang lebih dikenali sebagai Tok Pulau Manis itu.

Menurutnya, kejadian yang menimpa tiga sahabat itu yang tidak dapat mencari jalan keluar selepas melakukan aktiviti pemujaan, antara padah yang menimpa mereka yang melakukan perbuatan khurafat di kubur berkenaan.

Kori bertanggungjawab menjaga kubur berkenaan yang terletak kira-kira 50 meter dari Masjid Pulau Manis berkata, dia melihat tiga lelaki itu menangis teresak-esak sambil berlegar-legar di sekeliling kawasan makam itu jam 7 pagi.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Agama, Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

One Response to Sesat di kubur – Esakan di makam keramat

  1. Jebat says:

    Salam..Semoga peristiwa sedemikian menjadi ‘Ikthibar’kpd Kita semua..Bahawa sesungguhnya yg haram & batil itu, tetap ‘Haram’ disisi ‘Hukum Allah’..Mana mungkin minyak & air boleh bercampur ? Waima kedua2nya cecair & boleh duduk dlm satu bekas, namun barang pasti jisim minyak tetap terapung diatas air !! Menziarahi makam itu adalah salah satu pekara yg dianjurkan dlm Islam bagi mengingatkan & menyedarkan Diri Kita kpd ‘Kematian’,apatah lagi jika makam yg dikunjungi itu merupakan makam para Walilullah atau para Syuhadah..Setidak2nya kunjungan/ziarah tadi lebih kpd mengenang jasa tokoh Ulamak2 besar & Tuan2 Guru tersohor yg banyak berjasa didlm mengembangkan Syiar Islam pada suatu ketika dahulu..Tapi bila kunjungan tersebut ada maksud yg tertentu & tidak baik, maka Allah SWT telah menunjukkan Kebesarannya ! Semoga hamba2 Allah tu segeralah insaf & bertaubat..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s