Jaminan gula mencukupi

Oleh IRMAN HASHIM -utusanterengganu@utusan.com.my

Mohd. Hilmi Mohd. Noor menunjukkan sebahagian stok gula yang baru tiba ketika memeriksa gudang pemborong gula di Gong Badak, semalam.


KUALA TERENGGANU 11 Mei – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu memberi jaminan bekalan gula di negeri ini mencukupi untuk kegunaan pengguna.

Pengarahnya, Mohd. Hilmi Mohd. Noor berkata, ketiadaan gula di pasaran di negeri ini berlaku kerana sikap panik pengguna yang membeli dalam kuantiti banyak ekoran timbulnya isu ketiadaan bekalan itu di Kedah dan Perlis baru-baru ini.

Selain itu, katanya, para pengguna juga membeli dalam jumlah yang banyak untuk disimpan sempena ketibaan musim cuti sekolah tidak lama lagi ekoran pelbagai kenduri akan diadakan.

Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diterima, pengguna akan menggunakan taktik datang bersama empat ahli keluarga ke sebuah pasar raya atau kedai runcit membolehkan mereka membeli kira-kira 10 kilogram.

‘‘Jadi apabila pengguna lain datang maka tiadalah gula untuk dibeli. Justeru, kementerian terpaksa mengeluarkan arahan mengurangkan bekalan gula bagi menyekat aliran jualan untuk memastikan bekalan gula berada di pasaran setiap hari.

‘‘Sebenarnya, bekalan 1,800 tan metrik gula sebulan untuk Terengganu sudah mencukupi untuk keperluan rakyat negeri ini,” katanya selepas memeriksa gudang sebuah syarikat pemborong gula di Gong Badak di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas aduan mengenai kekurangan bekalan gula oleh penduduk sejak kebelakangan ini.

Katanya, pasar raya di negeri ini juga diarahkan menjual gula dalam paket satu kilogram dan mengehadkan pembelian dua kilogram seorang.

Mohd. Hilmi menambah, pihaknya juga mengarahkan pemborong utama di tujuh daerah negeri ini menyediakan gula berjumlah 16 tan metrik gula untuk kementerian pada satu-satu masa sebagai bekalan kecemasan.

‘‘Sebagai contoh, dua pemborong utama gula di Kuala Terengganu masing-masing perlu menyediakan kira-kira lima tan metrik gula dan Besut pula sebanyak dua tan metrik.

‘‘Ini akan membolehkan kami menghantar bekalan gula ke kawasan yang memerlukannya,” katanya.

Mohd. Hilmi memberitahu, bagi pihak yang ingin mengadakan majlis kenduri namun gagal membeli gula, mereka boleh datang ke pejabat PPDNKK untuk mendapatkan bekalan tersebut.

‘‘Kami akan mengeluarkan surat kepada pengguna berkenaan yang akan membolehkan mereka membeli bekalan kecemasan daripada pemborong gula utama,” katanya.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s