Habuan Menanti Pemasangan Jalur Gemilang Paling Kreatif

KUALA TERENGGANU, 17 Julai (Bernama) — Pemasangan Jalur Gemilang paling kreatif sepanjang tempoh sambutan bulan kemerdekaan bermula 1 Ogos ini, bakal menerima habuan daripada kerajaan.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Abdullah Morad berkata, pihaknya sedang meneliti bentuk habuan yang sesuai untuk pemenang.

“Pertandingan ini akan diadakan mengikut beberapa kategori, antaranya kampung, taman, gedung perniagaan, pejabat kerajaan dan swasta.

“Terpulang kepada peserta bagaimana nak pasang Jalur Gemilang mengikut kreativiti masing-masing, nak selimut satu bangunan atau macam mana,” katanya kepada pemberita selepas tamat pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia peringkat Kebangsaan 2010 di sini pada Sabtu.

Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat yang mewakili Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Abdullah berkata penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat negara ini.

“Apa yang dibuat kerajaan itu sebagai penghargaan kepada semangat patriotik yang ditunjukkan rakyat yang bersungguh-sungguh menyambut kemerdekaan negara,” katanya.

Pelancaran sambutan bulan kemerdekaan sempena Hari Kemerdekaan ke-53 tahun ini dijadual diadakan di Perlis dan akan disempurnakan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s