Bapa mangsa letupan mercun ditahan selepas pengkebumian

KUALA TERENGGANU (Harian Metro): Bapa kepada murid tadika yang terbunuh apabila rumah yang disyaki menjadi stor simpanan mercun dan bunga api meletup di Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga, di sini, turut menghadiri pengebumian anaknya itu dengan kawalan ketat polis selepas dia ditahan ketika meninjau lokasi kejadian pada jam 12.55 tengah hari semalam.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan Tanah Perkuburan Islam Kampung Malam Lama, dekat sini, kira-kira jam 5 petang semalam dengan kira-kira 50 ahli keluarga dan penduduk kampung mengiringi jenazah untuk dikebumikan.

Ibu mangsa yang turut kelihatan di lokasi kejadian, rebah beberapa kali dan dipimpin ahli keluarga. Bapa mangsa berusia 28 tahun sentiasa dikelilingi beberapa anggota polis turut menyiram air di pusara anak tunggalnya.

RAMAI...sanak-saudara dan orang ramai menghadiri  pengebumian budak mangsa letupan mercun di Kampung Seberang Baruh, semalam.

RAMAI...sanak-saudara dan orang ramai menghadiri pengebumian budak mangsa letupan mercun di Kampung Seberang Baruh, semalam.

Lelaki berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan sejumlah besar bahan letupan di lokasi dan polis mendapatkan keterangan dua lagi saksi, mangsa yang cedera parah dalam kejadian berkenaan yang turut memusnahkan rumah terbabit.
TAHAN...anggota polis menahan bapa kepada mangsa letupan selepas pengebumian anaknya.

TAHAN...anggota polis menahan bapa kepada mangsa letupan selepas pengebumian anaknya.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsudin berkata, lelaki berkenaan ditahan di lokasi kejadian dan ia hasil kerjasama pemimpin masyarakat dan penduduk di Chabang Tiga yang menasihatkan lelaki berkenaan menyerah diri.

“Lebih sesuai jika kami katakan lelaki berkenaan menyerah diri kerana dia pergi ke lokasi kejadian walaupun tahu kami memerlukan keterangannya membantu siasatan. Kami mendapatkan perintah reman membolehkan siasatan dilakukan,” katanya

Beliau berkata demikian ketika meninjau keadaan seorang mangsa kejadian, Mohd Asrizan Muda, 22, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam. Seorang lagi mangsa, Mazlan Abdullah, 29, masih berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) tetapi keadaannya dilaporkan stabil.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s