Bekas Johan Qariah Rogayah Tokoh Wanita Terengganu

Rogayah Sulong bergambar bersama sijil penghargaan selepas dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Terengganu 2010 di Seri Iman, semalam.

KUALA TERENGGANU 26 Ogos (Utusan Malaysia)- Datuk Rogayah Sulong, 67, yang pernah muncul sebagai johan qariah tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa menerima penghormatan sebagai Tokoh Wanita Terengganu 2010.

Pemilihan Rogayah bukan sahaja kerana beliau mengharumkan nama negeri tetapi juga usahanya mendekatkan ayat-ayat suci kepada masyarakat dan berkongsi ilmu membaca dengan tajwid betul serta berlagu.

Pada majlis sambutan Hari Wanita peringkat negeri di Seri Iman di sini, petang semalam, beliau menerima wang tunai RM3,000 dan sijil yang disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Ketika ditemui, Rogayah tidak menyangka beliau akan diberi pengiktirafan yang tinggi seperti itu.

”Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan wanita di negeri ini kerana mencalonkan saya,” katanya yang kini menetap di Banggol Tuan Muda, Marang.

Beliau yang masih aktif mengajar al-Quran amat berbangga dengan pencapaian golongan wanita di negeri ini kerana ramai yang berjaya dalam kerjaya sama ada dalam sektor kerajaan negeri atau swasta.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Menteri Besar, Toh Puan Seri Norliza Mahmud; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, Yahya Khatib.

Kira-kira 1,500 pemimpin wanita daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai program sambutan itu dan diikuti dengan Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar.

Terdahulu ketika mengadakan lintas langsung bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Wanita peringkat kebangsaan semalam, Ahmad berkata, pada masa ini, wanita di negeri ini menguasai 70 peratus penglibatan dalam industri kecil dan sederhana.

Menteri Besar berkata, penubuhan dua buah agensi kerajaan negeri seperti Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) banyak membantu mereka terutama ibu tunggal untuk meningkatkan ekonomi keluarga.

Katanya, sebagai contoh YPK telah membelanjakan kira-kira RM1.56 juta untuk membantu kira-kira 401 ibu tunggal terlibat dengan pelbagai aktiviti industri kecil dan sederhana.

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri menyasarkan masalah golongan miskin dan miskin tegar di negeri itu dapat di atasi menjelang tahun 2012.

”Pada masa ini terdapat kira-kira 5,709 rakyat di negeri ini dikategorikan sebagai golongan termiskin dan miskin tegar,” katanya ketika ditanya oleh Perdana Menteri mengenai kedudukan kaum wanita di Terengganu dan program untuk membasmi kemiskinan.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s