Rosly Darahman terajui usaha kitar semula


ROSLY Darahman berdiri bersebelahan kertas surat khabar yang telah dimampatkan ketika ditemui di pusat pengumpulan kertas dan plastiknya di Pulau Musang, semalam.

KUALA TERENGGANU 22 Sept. (Utusan Malaysia)- Dia tidak mempedulikan apa yang mungkin dikatakan orang tentang dirinya apabila memilih untuk bergelumang dengan sampah-sarap bagi membina kehidupannya sekeluarga ketika itu.

Rosly Darahman,46, sedar bahan terbuang seperti kertas dan botol-botol plastik yang selalunya melimpahi tong-tong sampah dan berakhir di pusat pelupusan untuk dibakar mempunyai nilai.

Namun ia suatu kerja yang mudah, perlu memerah keringat selain tidak dipandang tinggi ketika dia memulakan usahanya secara kecil-kecilan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketika rakan sebaya mencari ruang untuk makan gaji atau menyambung pelajaran, dia nekad untuk membantu mencari rezeki buat keluarga.

”Saya didorong oleh seorang sepupu yang juga bekerja sebagai pemungut sampah untuk dikitar semula di sebuah syarikat membolehkan pengalamannya itu dikongsi bersama untuk menapakkan diri dalam perniagaan ini,” ujarnya.

Beliau yang berasal dari Setiu menceritakan, ketika itu ayahnya dilanda kemurungan kerana kehilangan beberapa ahli keluarga.

Bermula dengan menyewa sebuah rumah kedai berharga RM200 sebulan di Wakaf Mempelam di sini, dia dan dua lagi rakannya memulakan perniagaan dengan melakukan kesemua kerja bermula dari mengutip sampah dari kedai ke kedai.

”Kemudian kami mengumpul, mengasing, menggred dan mengikat bahan-bahan kitar semula yang dilakukan secara manual selain turut menjadi pemandu untuk membawa bahan-bahan itu ke Thailand untuk dijual.

”Kami juga mendapatkan bekalan daripada penarik-penarik beca dan pengumpul-pengumpul sampah di jalanan. Sekurang-kurangnya saya dapat juga memberikan pendapatan untuk mereka,” ujarnya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Setelah semakin yakin dengan apa yang dilakukan, dia meminta bapanya menjual tanah sekangkang kera kepunyaan keluarga bagi membantunya untuk melonjakkan perniagaan tersebut.

Dia membeli sebuah lori usang berharga RM7,000 dan sekitar bulan September 1989 dia memulakan perniagaan secara serius dan kini mencecah lebih 20 tan bahan kitar sehari berbanding 20 tan sebulan pada awalnya.

Menyorot masa lalu, Rosly menceritakan dia terpaksa bergolok-gadai untuk menambah modal kerana kesukaran mendapatkan pinjaman melalui institusi kewangan.

Namun ujar Rosly, dia sedikit pun tidak putus semangat dan bersyukur akhirnya memperoleh pinjaman daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) sebanyak RM5,000 untuk membeli sebuah mesin pemampat bahan kitar semula bagi mempercepat dan menambahkan produktiviti.

“Ada ketikanya saya tidur tiga jam sahaja sehari kerana sepanjang masa terpaksa bekerja.

“Pernah satu ketika saya terpaksa memandu ke Thailand, namun kerana tidak tahan mengantuk dan perlu sampai mengikut masa yang ditetapkan saya memberhentikan lori lalu berlari sejauh 100 meter dan berpatah semula ke lori semata-mata untuk menyegarkan mata.

“Setelah penat bekerja seharian, bayangkan bahan kitar semula itu hanya dibeli dengan harga 14 sen sahaja sekilogram pada awalnya,” jelasnya.

Rosly yang merupakan Pengarah Urusan RD Papers Sdn. Bhd., sebuah syarikat kitar semula milik bumiputera yang terkemuka dan paling berjaya di Pantai Timur.

RD Paper kini memiliki 40 buah lori serta 160 orang pekerja bagi mengendalikan urusan pengumpulan dan penjualan bahan-bahan kitar semula itu.

Selain ibu pejabat di Pulau Musang di sini, sebanyak dua lagi cawangan dibuka di Jertih dan Kota Bharu sebagai pusat pengumpulan.

Pihaknya merancang untuk membuka kilang di Cerating, Pahang dan Gong Badak dekat sini lagi bagi penghasilan produk hiliran bagi pengeluaran bahan plastik.

Rosly berharap, jika apa yang diusahakan dianggap sebagai satu kejayaan, sekurang-kurangnya dapat memotivasikan generasi akan datang agar lebih berani berusaha dalam mengusahakan perniagaan baru.

“Jangan takut untuk mencuba kerana peluang dan ruang pasti ada namun apa yang penting kesungguhan dan semangat yang kuat perlu ada bagi mengatasi pelbagai cabaran yang bakal dilalui,” ujarnya.

Jika anda pernah melihat premis RD Paper di sini atau di Kota Bharu, dari luaran pastinya tidak akan menyangka ia sebagai pusat pengumpulan barangan terbuang.

Landskap yang terjaga dan dekorasi kuntuman bunga daripada botol plastik pelbagai warna menambahkan hiasannya di pintu masuk.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Alam sekitar & konservasi, Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

5 Responses to Rosly Darahman terajui usaha kitar semula

  1. wati says:

    Saya nak tanya camner nak hubungi lori memungut barang kitar semula sbb dirumah saya dan jiran-jiran banyak saya dapati barang yg boleh dikitar semula, saya amat berminat untuk menjual brg terbuang ini…bukan saya seorang sahaja malah jiran dan org disekitar kg saya.. Saya tinggal di Kg Pengkalan Nyireh Besut Terengganu

    wati
    0193089906

    • perbadanan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam mengadakan program drive thru di pasaraya pantai timur jerteh. Melalui program ini,kami membeli barang yang boleh dikitar semula seperti kertas, plastik, kotak,aluminium setiap minggu pada hari isnin dari pukul 4 – 7 mlm di hadapan pasaraya pantai timur jerteh. Orang awam yang berminat untuk menjual barang kitar semula boleh la bawa barang tersebut untuk dijual kepada kami pada hari dan masa yang telah ditetapkan

  2. eqin says:

    saya pun nak tanya macam mana nak hubungu lori kitar semulani, rumah saya banyak kotak dan botol, tiap2 bulan mesti ade kotak yang banyak sebab ayah buat dialisis cuci buah pinggang, so kotak2 kat rumah ni tak tahu nak buat apa…, boleh hubungi saya 012-7762787

  3. Zura says:

    Masih ada ke drive thru di Mydin Mall setiap sabtu? Saya berminat untuk hantar botol plastik dan botol kaca utk kitar semula. Selalu berkunjung ke Mydin tapi tak pernah nampak atau mungkin tak perasan. Jika ada info boleh reply ke email saya. TQ

  4. Rozita Darahman says:

    sila hubungi kami sekiranya ada sebarang pertanyaan

    09-6232208 (terengganu)
    09-6903900 (jertih)
    09-7825566 (kota bharu)
    09-5819800 (cerating,pahang)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s