Pelajar Kolej 19 Tahun Didakwa Edar Dadah


KUALA TERENGGANU, 23 Sept (Bernama) — Seorang pelajar kolej dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini atas dakwaan mengedar dadah jenis metamphetamine atau lebih dikenali sebagai pil kuda.

Syamil (bin) Taufik@Zainal Arifin yang berasal dari Taman Setia, Durian Burung di sini, didakwa mengedar dadah jenis metamphetamin seberat 379.59 gram di rumah bernombor 713, Lorong Setia 8, Taman Setia, Durian Burung, di sini, pada pukul 8.10 pagi 17 Sept lalu.

Beliau yang mengangguk faham mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 39b(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati mandatori itu.

Kesalahan itu juga boleh dihukum mengikut Seksyen 39b(2) akta sama.

Timbalan Pendakwa Raya Hazeeliaa Muhammad melakukan pendakwaan di hadapan Majistret Siti Faraziana Zainuddin.

Siti Faraziana menetapkan 23 Nov ini untuk sebutan semula kes bagi memberi peluang tertuduh melantik peguam.

Media sebelum ini melaporkan pihak polis berjaya merampas 4,000 biji pil kuda bernilai kira-kira RM100,000 hasil penahanan dua adik-beradik, seorang pelajar kolej 19 tahun dan abangnya, 23, seorang pengusaha kedai dobi.

Turut ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Setia, Durian Burung itu ialah seorang remaja wanita, berumur 19 tahun yang juga penuntut sebuah kolej.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s