Dulu pemandu, kini pemilik 40 bas ekspres

ZAWAWI Jusoh (kiri) bersama kakitangan dan anak-anak yatim pada pelancaran bas ekspres Mahligai terbarunya di Besut, baru-baru ini.


BESUT 24 Sept. (Utusan Malaysia) – “Awie tak payahlah belajar tinggi-tinggi, bukan hendak ke mana pun. Cukuplah engkau kenal nombor bas supaya tak sesat nak balik ke rumah,” kata ibunya, Mariam Deraman.

Kata-kata itu diucapkan oleh Mariam – yang kini berusia 80 tahun – kepada anaknya Awie atau Zawawi Jusoh, memandangkan keluarga mereka dihimpit kemiskinan.

Biarpun dia menangis dan hatinya sentiasa meronta-ronta untuk belajar kerana dia sentiasa seronok untuk ke sekolah apatah lagi pencapaiannya dalam kelompok terbaik, Zawawi akur dengan kehendak ibunya itu.

Dia meninggalkan alam persekolahan sebelum sempat melangkah ke peringkat menengah namun ia tidak memadamkan impiannya untuk berjaya dalam hidup dan membantu mengubah nasib keluarganya.

Kini Zawawi, bukan sekadar mengenal nombor bas tetapi merupakan salah seorang pengendali bas ekspres terkemuka, – Mahligai Ekspres – dengan 40 buah bas termasuk 10 bas dua tingkat.

Zawawi yang lebih dikenali sebagai Awie Mahligai kini sedang membina empayar perniagaan pengangkutan awam dengan menitikberatkan kualiti perkhidmatan agar dapat terus meyakinkan pengguna.

“Saya berusaha untuk memberikan lebih keselesaan kepada penumpang agar mereka sentiasa mengingati Mahligai ketika ingin berjalan jauh,” ujarnya.

Beliau yang ditemui semasa pelancaran sebuah bas terbarunya oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said baru-baru ini memberitahu, empat buah lagi bas pesanan terbaru dilengkapi dengan tandas.

“Umumnya syarikat-syarikat bas ekspres tidak lagi menyediakan tandas untuk menjimatkan ruang, namun ia amat menyulitkan penumpang terutama warga emas dan kanak-kanak dalam keadaan yang memerlukan,” ujarnya.

Pengarah Urusan Mahligai Ekspres itu menceritakan apa yang dicapai sehingga kini bermula dengan rentetan pengalaman panjang dan mencabar.

“Saya mula mencari pekerjaan untuk memenuhi keperluan diri agar tidak membebankan keluarga apabila usia meningkat remaja.

”Saya menjual barangan jualan langsung, menjadi pembantu kantin, pemandu kereta sewa dan pemandu kepada pemilik sebuah kilang papan di sini,” ujarnya.

Katanya, setelah dua tahun menjadi pemandu bas ekspres, dia ditawarkan menjadi penyelia oleh syarikat berkenaan di Kuala Lumpur pada tahun 1985.

“Ketika itu saya berusia 25 tahun dan seronok apabila dapat bekerja di bandar besar selain saya amat minat dengan perusahaan bas jadi saya ambil peluang bekerja di syarikat berkenaan untuk mengutip pengalaman.

“Saya bukan sahaja berperanan sebagai penyelia tetapi juga pegawai perhubungan awam, kerani serta pengurus sekali gus.

”Memang memenatkan namun berbaloi apabila syarikat tersebut yang sebelum ini mengalami masalah berjaya dimajukan setelah setahun saya bekerja di situ,” katanya.

Meskipun beberapa kali bertukar-tukar tempat kerja namun Zawawi masih berada di dalam bidang perusahaan bas kerana minatnya yang mendalam.

Setelah mengutip segala berpengalaman dalam pengendalian bas ekspres – suatu perniagaan yang sering terdedah kepada risiko – dia begitu yakin untuk berdikari kerana sudah ‘masak’ dalam selok belok menanganinya.

Pada awal tahun 2003, dia bertekad membuka syarikatnya ekoran sering dicabar oleh rakan-rakannya untuk membuktikan kehebatannya di dalam ‘industri bas’.

“Kebetulan pada awal 2003, Kementerian Pembangunan Usahawan ketika itu membuka peluang kepada usahawan muda untuk mendapatkan lesen perusahaan bas jadi saya cuba memohon dan akhirnya saya memperoleh lesen itu.

“Bagaimanapun ketika itu saya masih bekerja dengan sebuah syarikat bas jadi saya diminta berhenti kerja ekoran permohonan saya diluluskan,” katanya.

Ia suatu cabaran awal baginya yang

baru menggerakkan usaha memulakan perniagaan apabila hampir kesemua bank menolak permohonannya untuk mendapatkan pinjaman.

”Sedangkan sebanyak 10 buah bas telah ditempah untuk memulakan operasi ketika itu dan bukan sedikit kosnya.

“Setiap petang, sebelum bank tutup, saya akan menunggu di depan pintu bank menjengah pengawai yang keluar untuk mengetahui sama ada pinjaman saya diluluskan atau tidak,” ujarnya.

Setelah melalui keperitan selama hampir setahun itu, akhirnya Zawawi telah mendapat pertolongan seorang rakan lamanya yang berminat untuk memajukan perusahaan berkenaan bersama-samanya.

Maka bermulalah Mahligai Ekspres tanggal 4 April 2004 dengan 10 buah bas yang mula beroperasi ke beberapa destinasi di Semenanjung.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan, Melayu. Bookmark the permalink.

2 Responses to Dulu pemandu, kini pemilik 40 bas ekspres

  1. sisda says:

    kagum batul dgn org besut ni ramai yg hebat22.tp sy bukan org besut..

  2. Md Yusof Marikan says:

    Itulah cabaran kaum2 melayu,sentiasa dipandang rendah,jika permohonan untuk membuat pinjaman,bila dah berjaya? datanglah BANK2 yang membuat perbagai kemudahan,jika tidak haram tak mahu tolong?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s