A Moment in English asah penguasaan berbahasa

KUALA TERENGGANU 27 Sept. (Utusan Malaysia) – Beratus-ratus pelajar dari seluruh negeri menunjukkan bakat dalam pelbagai persembahan berteraskan bahasa Inggeris melalui program A Moment in English 2010 di sini hari ini.

Program anjuran Jabatan Pelajaran dengan kerjasama syarikat Exxonmobil itu bagi meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dan menyemaikan kesukaan mereka untuk mengamalkan penggunaan bahasa itu.

A Momement in English menyaksikan mereka memperagakan bakat termasuk pengucapan awam, koir, drama, nyanyian beraksi dan choralsical dan bercerita.

Para pelajar dari 17 sekolah iaitu lima sekolah menengah dan 12 sekolah rendah tersebut turut mempersembahkan deklamasi puisi, sketsa dan nyanyian.

Program tersebut yang diadakan di Taman Budaya di sini dirasmikan oleh Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran negeri, Zubir Embong.

Turut hadir Pengurus Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar Exxonmobil, Grace Choo Sor Mooi dan Penasihat Hubungan Komunitinya, Ida Ruzaini Altahari.

Zubir berkata, program tahunan kali kesembilan itu diadakan untuk meningkatkan kefasihan berbahasa Inggeris di kalangan pelajar melalui pendekatan kreatif dan menghiburkan.

Katanya, ia memperagakan bakat pelajar dalam seni artistik dan bahasa di samping memberi peluang kepada para pelajar dan guru-guru berkongsi pendekatan untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti.

Grace dalam ucapannya berkata, pihaknya sentiasa menyokong program-program berbentuk pendidikan termasuk dalam menanam dan menerapkan bahasa Inggeris di negeri ini.

”Saya juga terpesona dengan kemampuan yang ditunjukkan oleh para pelajar negeri ini dalam membuat persembahan yang kreatif,” katanya.

****

artikel berkaitan:

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s