Batik Dan Songket Terengganu Berpotensi Tembusi Pasaran Global


KUALA TERENGGANU, 23 Okt (Bernama) — Batik dan songket Terengganu mempunyai potensi besar untuk menembusi pasaran antarabangsa apabila beberapa syarikat tekstil dari luar negara menunjukkan minat untuk memasarkan produk itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Mohamed Awang Tera berkata syarikat tekstil dari Sepanyol, Itali dan England begitu berminat dengan batik dan songket Terengganu.

“Sebelum ini kita telah mengadakan promosi batik dan songket di Milan, Barcelona, London dan Paris di mana sambutannya amat menggalakkan,” katanya kepada Bernama di sini, hari Sabtu.

Mohamed berkata kerajaan negeri yakin batik dan songket boleh diterima di negara barat dan sesuai dijadikan pakaian, perhiasan rumah dan cenderahati.

Katanya pengusaha dan pereka pakaian daripada negara-negara berkenaan begitu berminat untuk datang ke Terengganu melihat dengan lebih dekat cara batik dan songket dihasilkan.

Mohamed berkata tahun depan kerajaan negeri bercadang mengadakan satu lagi lawatan ke Sepanyol dan kali ini ke Madrid untuk mempromosikan batik dan songket.

Katanya apa yang perlu sekarang ini ialah pengusaha songket dan pengeluar batik di Terengganu perlu meningkatkan mutu pengeluaran mereka supaya songket dan batik diterima di peringkat global.

“Harapan kita apa yang kita buat ini memberi hasil pulangan yang lumayan kepada pengusaha dan sekaligus memartabatkan batik dan songket Terengganu,” katanya.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s