Empat kaki judi ditahan

BESUT 17 Nov. (Utusan Malaysia) – Empat kaki judi berjaya ditahan di sebuah rumah yang dijadikan sebagai pusat kegiatan judi haram di Taman Teratur, Jerteh, dekat sini kelmarin.

Ketua Polis daerah, Supritendan Kamarudin Mohd. Zakaria berkata, siasatan mendapati kegiatan itu telah dijalankan sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, turut dirampas wang tunai berjumlah RM7,937, mesin faks, kalkulator dan beberapa helaian kertas mengandungi nombor pertaruhan yang disyaki digunakan untuk tujuan tersebut.

“Kejayaan adalah hasil maklumat awam sebelum polis menjalankan intipan. Kesemua suspek yang merupakan penduduk tempatan berusia 30 hingga 50-an.

“Siasatan percaya kegiatan pertaruhan itu dilakukan tiga kali dalam seminggu,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Mohd. Zainy Mohd. Noor.

Beliau berkata, keempat-empat yang ditahan itu, direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s