Perhilitan Pasang Perangkap Untuk Tangkap Anjing Hutan

KUALA TERENGANU, 12 Jan (Bernama) — Jabatan Perhilitan negeri Terengganu akan memasang perangkap bagi menangkap anjing hutan yang dilapor berkeliaran dan menyerang lembu ternakan penduduk di kawasan tanah rancangan Felda Tenang, Hulu Besut.

Pengarahnya Yusoff Shariff berkata Perhilitan akan memasang antara dua dan tiga perangkap bagi menangkap anjing berkenaan yang dikatakan antara 20 ekor dan 30 ekor itu.

“Di kawasan hutan itu memang ada anjing liar yang ganas kerana beberapa tahun lepas kami jumpa bangkai anjing itu di kawasan hutan Gunung Tebu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Rabu.

Seorang peneroka dan penternak lembu di tanah rancangan berkenaan Zakaria Mohd Noor, 55, berkata serangan anjing itu berlaku sejak empat bulan lepas mengakibatkan peneroka mengalami kerugian besar.

“Minggu lepas tiga ekor lembu saya yang dipelihara di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran hutan simpan Gunung Tebu jadi korban anjing itu,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata biasanya anjing liar yang datang dari kawasan hutan berhampiran menyerang haiwan peliharaan pada awal pagi dan tengah hari.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Alam sekitar & konservasi, Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s