Sate ikan Rashid kini makin popular

ROHANI Mohd. Zain masih menggunakan kaedah tradisonal untuk menggaul adunan sate ikan.

KUALA TERENGGANU 12 Jan. (Utusan Malaysia)- Kemiskinan menyebabkan Mohd. Rashid Mohamad tidak berpeluang untuk bersekolah pada awal usianya.

Tanpa pelajaran, lelaki berusia 57 tahun itu tidak bercita-cita tinggi atau mengimpikan untuk makan gaji sebaliknya perlu mencari rezeki sendiri.

Setelah memulakan kehidupan berkeluarga 30 tahun lalu, dia menggunakan sebuah beca tua untuk menjual sate ikan dengan golongan pelajar menjadi pelanggan utamanya.

Mohd. Rashid sering kelihatan di pintu pagar beberapa sekolah dan pulang ke rumah lewat selepas pelajar beransur pulang.

Selama tiga tahun, dia berulang-alik beberapa kilometer setiap hari untuk menjaja makanan tradisi masyarakat Pantai Timur itu.

Isterinya, Rohani Mohd. Zain, 51, mempunyai kemahiran membuat bahan makanan itu dan ia memberikan lebih banyak pendapatan kerana tidak perlu membelinya daripada peraih.

Rohani menghasilkan sate ikan di rumah dan dia menjaja di merata tempat sekitar daerah ini.

“Beberapa tahun kemudian saya mula membesarkan perniagaan dengan sedikit wang simpanan serta pinjaman daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM3,000,” katanya.

Ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini, Mohd. Rashid menceritakan, berbekalkan modal itu dia membina sebuah bengkel kecil di tepi rumah dan membeli beberapa peralatan memasak, mesin membuat bebola ikan dan peti sejuk.

“Sebelum ini perusahaan ini dilakukan secara tradisional hanya untuk tujuan jualan dari kampung ke kampung dan pengeluarannya tidak begitu banyak sekadar cukup untuk menampung keperluan keluarga.

“Setelah tujuh tahun beroperasi dengan dibantu 10 pekerja wanita, perusahaan ini mampu menghasilkan sehingga 30,000 cucuk sate ikan sehari,” katanya.

Walaupun dia tidak lagi menjaja produk makanan laut itu, katanya, sate ikan keluarannya boleh dibeli daripada 12 penjaja bermotosikal dan seorang penjaja beca di sekitar daerah ini yang mendapatkan bekalan daripadanya.

“Sekali-sekala saya turut melepaskan ‘gian’ bersama beberapa lagi pengusaha lain menjual produk ini di Pantai Teluk Ketapang dekat sini kerana jualan di pantai peranginan itu sangat menggalakkan.

“Setiap peniaga bermotosikal dan beca akan menjualnya antara 1,000 hingga 2,500 cucuk sehari. Dahulu hanya ada dua peniaga tetapi sekarang bilangannya semakin bertambah kerana berpuas hati dengan hasil jualan yang biasanya akan habis setiap hari,” katanya.

Menurutnya, selain dijual sebagai produk sampingan di restoran dan pasar malam, ia turut mendapat tempahan setiap minggu daripada peniaga luar seperti Johor, Kuala Lumpur dan Melaka

Di samping mengekalkan keaslian rasa ikan selayang atau tamban dalam campuran sate ikannya, kemanisan kuah bawang putih yang menyelerakan menjadikan produk itu mendapat sambutan.

“Harganya 20 sen secucuk yang mengandungi empat biji bebola sate ikan sesuai untuk kanak-kanak manakala 100 cucuk yang dijual RM12 sesuai untuk tempahan pada majlis jamuan dan perayaan,” katanya.

Sementara itu Rohani yang juga pemilik resipi turun temurun itu berkata, bahan mentah untuk menghasilkan produk itu mudah didapati di sekitar daerah ini.

“Walaupun sudah mempunyai beberapa buah mesin, proses menggaul adunan masih dilakukan secara tradisional kerana kekurangan modal untuk membeli mesin baru.

“Setelah dibentuk menjadi bebola, ia digoreng dengan minyak dan dicucuk pada lidi membentuk sate dan kemudian diagihkan kepada penjual yang boleh disimpan dalam peti sejuk sehingga seminggu,” jelasnya.

Jika dahulu katanya, ada yang beranggapan sate ikan adalah resipi untuk ‘kelas bawahan’ yang dijual di ceruk kampung bagi menggantikan sate ayam dan daging yang harganya lebih mahal tetapi sekarang ia menjadi pilihan segenap lapisan masyarakat.

“Sekarang produk ini digemari oleh pelbagai peringkat termasuk menjadi hidangan di restoran mewah serta mampu mengembalikan cerita lama zaman persekolahan generasi dewasa,” jelasnya.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

14 Responses to Sate ikan Rashid kini makin popular

  1. Aidil Azli Alias says:

    Harap boleh clearkan berkenaan perkara yang telah disebarkan melalui laman facebook ini kerana nila setitik boleh rosakkan susu sebelangan..saya risau perniagaan melayu seperti di atas akan terkena tempias..saya sudah komen di lama facebook tersebut tapi entah bagaimana komen saya tiada…mungkin dipadam atau mungkin juga masalah teknikal…(saya juga seakan-akan dibanned oleh admin FB tersebut) ini adalah link untuk laman facebook tersebut…
    http://www.facebook.com/home.php#!/photo.php?fbid=155868807802448&set=a.145753015480694.35269.145748998814429
    harap maklum..

  2. aidil azli alias says:

    salam,
    bekas pelajar Shams..sek2 ni tak approve pun saya budak shams sbb tak stay sampai spm..

    berkenaan perkara ni ada satu fb page ni…”makanan dan minuman yang dicemari kesucian untuk umat Islam” <–tajuk pun dah kantoi..mana ada benda yang dicemari kesucian..

    admin FB ni dakwa sate ikan ni dibuat secara besar-besaran guna daging kucing…saya bagi pautan berkenaan perusahaan sate ikan en rashid ni..tiba2 kena banned pulak..takleh bagi komen lagi…maknanya dakwaan admin tu tak berasas sebenarnya..sengaja nak menjatuhkan bisnes org melayu sendiri…

    link yang saya kasik kat atas tu tak ada lg content dia sbb admin dia dah remove kut…tu jer..

  3. pn.sue says:

    salam…saya dr n9..saya ni minat sgt nak tahu mcm mana nak menempah sate ikan en.rashid ni…berapa rm saya saya perlu bayar skali dgn kos penghataran?

    • eddie says:

      sy ade membekalkan sate ikan di Kuantan, Pahang. dn sedia menerima tempahan utk yg igin memulakan peniagaan sate ikan.. utk pertanyaan boleh hubungi sy… 013-939 2818..tq.

  4. joewan says:

    SALAM.. SATE IKAN NI TERENGGANU KAT MANA..
    MCM MANA NAK BUAT TEMPAHAN

  5. pn.su says:

    assallamualaikum..saya pn.su..dari seremban,saya sgt berminat untuk menempah sate ikan dari pak rashid..bagaimanakah caranya untuk saya menghunbungi pak rashid?tolong emailkan kepada saya ..no telefon untuk dihubungi (ssuekiey_369@yahoo.com)

    • noriyanti@rohasnazira abu bakar says:

      kamu dh oder blum satay ikan…sy org terengganu.klu nk bleh sy supply utk awk? hubungi saya 0179205823 (yati)

  6. zul says:

    salam..sate ikan ni terengganu kat mana? tlg tlfn saya untuk bg tau mana lokasi sate tu jual.. 0179078809-zul..saya baru nk meniaga satay ikan ni…plsssss

  7. puan siti says:

    salam,ada no fon en rashid tak?
    saya nk order sate utk niaga..
    nk secepat yg mgkin..

  8. eddie says:

    sy pembekal sate ikan dr Kuantan, Pahang… utk pertanyaan leh hubungi sy… 013-939 2818. tq

  9. Rai says:

    Salam. .sy dri puchong selangor. .sy prlukan pembekal sate ikan dri selangor. .ade x? .kalau ade tlg hubungi sy. . 01112824675. .RAI

  10. sya says:

    boleh send harga borong untuk 3000cucuk sate ikan?? emailkn pd saya shahrin.hanim@yahoo.com or msj 0139348672.. tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s