Meningkatkan kesihatan gigi rakyat

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA – utusanterengganu@utusan.com.my

Pelajar Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman mendengar penerangan dari seorang kakitangan Klinik Pergigian, Salina Mail (kanan) cara menggosok gigi yang betul di Perpustakaan Awam Kuala Terengganu, baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU 17 Feb. – Rawatan pergigian merupakan sebahagian daripada penjagaan kesihatan yang penting dalam kehidupan setiap individu.

Justeru, Pelan Transformasi Pergigian Terengganu 2011-2015 yang dilancarkan baru-baru ini dilihat penting dalam usaha meningkatkan kesihatan pergigian rakyat di negeri ini.

Pelan jangka panjang itu dilihat sebagai satu anjakan paradigma, menjadi tunjang untuk memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan yang berorientasikan pelanggan.

Perkhidmatan kesihatan pergigian yang terancang dan kemudahan infrastruktur yang baik dan berkesan untuk dimanfaatkan dengan pantas dan meluas dapat menyumbang ke arah prestasi memberangsangkan.

Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr. Norain Abu Talib ketika melancarkan pelan itu berkata, ia dirangka dengan mengambil kira hala tuju dalam Strategic Trust for Oral Health 2011.

Katanya, ini merupakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam bidang keberhasilan utama (KRA) yang telah ditentukan.

Antara KRA yang dikenal pasti di bawah pelan berkenaan adalah penumpuan terhadap taraf kesihatan mulut yang optimum di kalangan penduduk.

“Semua KRA dipilih dalam bidang paling relevan kepada rakyat dan memberi impak maksimum terhadap peningkatan kesihatan mulut itu.

“Justeru, dengan adanya pelan transformasi ini, ia akan menjadi panduan kepada semua anggota BKP (Bahagian Kesihatan Pergigian) Terengganu dalam menentukan hala tuju serta sasaran yang perlu dicapai setiap tahun,” katanya.

Ini termasuklah masalah karies gigi di kalangan murid sekolah rendah di negeri ini yang merupakan masalah kedua tertinggi di Malaysia berdasarkan penemuan oleh ‘Tinjauan Kesihatan Mulut Kebangsaan Terhadap Kanak-Kanak Sekolah 2007’.

Justeru, tumpuan akan turut diberikan terhadap langkah pencegahan melalui ‘pemflouridaan’ bekalan air minuman dengan menggunakan ‘pendekatan asas populasi’ .

Dalam hal ini, Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Terengganu (BKPNT) telah berusaha untuk mendapatkan persetujuan Syarikat Air Terengganu (Satu) supaya semua loji air di negeri ini dipasang dengan alat flouride feeder sepenuhnya menjelang 2012.

Dengan pelaksanaan itu, hampir 100 peratus rakyat negeri ini akan menikmati bekalan air minuman berflourida.

Pelancaran dua buah Klinik Pergigian Bergerak (KPB) 1Malaysia serentak dengan pelancaran pelan berkenaan dijangka dapat membantu memacu ke arah menjayakan objektif.

Dua buah KPB yang ditempatkan di Kuala Terengganu dan Batu Rakit bernilai RM1.29 juta setiap satu akan memberi keutamaan rawatan dan pemeriksaan kepada pelajar.

Ia sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memastikan perkhidmatan kesihatan dapat dinikmati oleh setiap lapisan rakyat termasuk yang tinggal di luar bandar.

“Selain memastikan masyarakat luar bandar mendapat manfaat melalui perkhidmatan ini, murid sekolah, tadika, taska, taska Permata serta institusi khas seperti rumah orang tua dan orang kurang upaya juga diharap akan mendapat manfaat yang sama,” katanya.

KPB juga kini dilengkapi dengan ciri-ciri terkini bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pesakit terjamin termasuk bagi melakukan pembedahan.

Antara cirinya adalah kerusi serta kelengkapan pergigian yang canggih, penyediaan generator untuk membekalkan elektrik di tempat yang tanpa atau kurang elektrik.

Ciri-ciri lain yang dimiliki oleh KPB 1Malaysia adalah ramp yang terdapat di pintu masuk untuk menaikkan kerusi roda OKU masuk ke dalam bilik surgeri serta bilik menunggu dan surgeri berhawa dingin penuh dengan kuasa generator.

Dalam konteks negeri Terengganu juga, Dr. Norain memberitahu, Kementerian Kesihatan akan memberi perhatian penuh terhadap pengisian kekosongan jawatan Pegawai Pergigian mulai tahun ini.

Katanya, “Setakat ini hanya 92 daripada 149 jawatan itu telah diisi”.

“Ini menyebabkan jumlah kekosongan di- negeri ini mencecah 38.26 peratus (57 kekosongan).

“Kita berharap agar kekosongan tersebut dapat diisi dengan lahirnya graduan-graduan baru dalam bidang berkenaan dari pelbagai institusi pengajian.”

About these ads

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Kesihatan & Kebersihan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s