Kediaman Mewah Kuala Terengganu Golf Resort Dapat Sambutan

KUALA TERENGGANU, 25 Feb (Bernama) — UDA Land (East) Sdn Bhd (UDA Land) dijangka memulakan pembinaan 25 unit kediaman elit di Taman Kuala Terengganu Golf Resort (KTGR) lebih awal dari yang dijadualkan.

Ini kerana 27 unit kediaman jenis sama menerusi Fasa 4 Zon A, bertempat di Tok Jembal, Kuala Nerus, yang dibuka pada 7 Ogos lalu, telah habis dijual pada Khamis.

Ketua Pegawai Operasi UDA Land (East) Sdn Bhd Mohmad Sallihhudin Barlin berkata konsep reka bentuk kediaman moden dan elit yang disasarkan kepada golongan profesional ditawarkan syarikat itu mendapat sambutan di luar jangkaan.

“Semua unit banglo dua tingkat berharga antara RM414,897 hingga RM483,455 seunit yang ditawarkan menerusi Fasa 4 Zon A, telah habis terjual.”

“Kami berpendapat permintaan terhadap produk yang ditawarkan di sini sangat menggalakkan. Sebelum ini, banglo dua tingkat untuk Fasa 3 berharga RM411,000, habis terjual dalam masa seminggu,” katanya kepada Bernama di sini.

Katanya Fasa 4 Zon A menawarkan tiga jenis banglo iaitu Alocasia berharga RM414,897 yang berkeluasan 2,215 kaki persegi, Palma berharga RM479,088 (2,531 kaki persegi) dan Bayan M483,455 dengan keluasan 2,521 kaki persegi.

Sehubungan itu, katanya Fasa 4 Zon B yang dijadualkan bermula Jun depan dijangka dimulakan lebih awal iaitu pada Mac ini.

Mohmad Sallihhudin berkata pembeli berpotensi terdiri daripada kalangan ahli perniagaan, kontraktor dan pensyarah institusi pengajian tinggi di sekitar kawasan berkenaan.

Katanya kediaman yang ditawarkan bersifat elit, selesa dengan pemandangan padang golf 18 lubang yang menghijau dan dilengkapi ciri-ciri keselamatan dengan adanya pengawal dan berpagar.

Lokasinya juga strategik, dengan hanya 3.2 kilometer dari lapangan terbang, 15 kilometer dari pusat bandaraya, dan hanya satu kilometer dari pusat rekreasi Pantai Teluk Ketapang.

Beliau berkata Fasa 5 yang melibatkan 36 unit kediaman mewah pula dijadualkan bermula tahun depan.

Selain di Kuala Terengganu, UDA Land juga mempunyai projek pembangunan di daerah Kemaman dan Dungun.

Selain menawarkan projek perumahan siap, UDA Land turut menawarkan lot tanah kepada mereka yang berminat untuk membangunkan sendiri kediaman masing-masing.

Setakat ini, sebanyak 407 unit pelbagai jenis kediaman termasuk rumah kos sederhana dan kos rendah, selain kawasan komersil dengan keluasan 30.496 hektar (76.24 ekar) tanah telah diusahakan syarikat itu di Terengganu melibatkan tiga daerah itu.

Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), katanya UDA Land memberi keutamaan kepada pembeli dan memberi peluang kepada konsultan dan kontraktor Bumiputera untuk mengendalikan projek pembangunan di negeri itu.

Selain Terengganu, anak syarikat milik penuh UDA Holdings Berhad itu juga aktif sebagai pemain industri hartanah di Pahang.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s