TDM bina Medan Infodesa dalam ladang

SETIU 22 Mac (Utusan Malaysia) – Dalam usaha membantu memperluaskan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di luar bandar, TDM Berhad membina sebuah Medan Infodesa (MID) di Ladang Tayor, miliknya di sini.

Ia dibina melalui anak syarikatnya, TDM Plantation Sdn. Bhd. (TDMP) dan kemudahan itu juga bagi memenuhi hasrat penduduk setempat yang memerlukan sebuah pusat komuniti.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tayor Tengah mengajukan permohonan untuk mendapatkan bantuan melalui TDMP bagi membolehkan mereka menjalankan pelbagai kegiatan kemasyarakatan.

Pusat itu dibangunkan dengan kos RM178,000 di tapak seluas 0.47 hektar dalam kawasan ladang berhampiran dengan penempatan penduduk di situ.

Perasmiannya telah disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said (gambar) yang dilakukan serentak dengan perasmian kilang baja bioorganik TDM di Sungai Tong dekat sini baru-baru ini.

TDM merupakan syarikat pegangan pelaburan kerajaan negeri dengan perniagaan teras dalam sektor perladangan, penjagaan kesihatan dan makanan.

Pengerusi TDM Berhad, Datuk Roslan Awang Chik ketika berucap pada majlis itu berkata, pembinaan pusat komuniti ini adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat.

“Adalah menjadi tanggungjawab syarikat untuk bersama mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membantu masyarakat luar bandar meningkatkan kualiti hidup,” ujarnya.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan, Pertanian & Perikanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s