Pertumbuhan Ekonomi Boleh Terjejas Akibat Kebakaran

KUALA TERENGGANU, 25 April (Bernama) — Kerugian disebabkan kebakaran memberi impak yang negatif secara tidak langsung terhadap pertumbuhan ekonomi negara, kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Amer Yusof.

“Para pelabur asing akan menilai sejauh mana tahap keselamatan kebakaran yang diwujudkan oleh sesebuah negara sebelum mereka datang untuk melabur,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Terengganu di sini pada Isnin.

Maka, katanya, adalah tidak betul tanggapan sesetengah orang bahawa jika kebakaran itu tidak melibatkan mereka, kerugian yang dialami akibat kebakaran itu tidak akan memberi apa-apa kesan kepada mereka.

Amer juga berkata bahawa sebanyak 89 kematian dilaporkan berlaku akibat kebakaran tahun lepas di seluruh negara.

Daripada 29,341 panggilan kebakaran yang diterima sepanjang tahun lepas, kerugian ditaksirkan berjumlah RM756.7 juta, katanya.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s