TUDM Gong Kedak Guna Khidmat Pusat Simulasi Pertama Di Rantau Asia

BESUT, 25 April (Bernama) — Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini memiliki sebuah pusat simulasi bagi kegunaan latihan operasi jet pejuang Su-30MKM (Sukhoi) berpusat di Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak yang merupakan satu-satunya simulasi latihan seumpamanya di rantau Asia.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pusat simulasi itu menempatkan dua set sistem yang berupaya menjalankan misi latihan secara online sepertimana dalam persekitaran penerbangan sebenar.

Katanya sistem yang dibangunkan oleh syarikat tempatan HeiTech Padu Berhad (HeiTech) dengan kos perbelanjaan RM258 juta itu mula digunakan sejak awal November lepas.

“Kelebihan sistem ini ialah ia mampu melatih juruterbang dan pegawai sensor persenjataan termasuk krew teknikal dengan menggunakan tahap keupayaan tinggi dalam mensimulasi model penerbangan pesawat, khususnya Sukhoi,” katanya pada satu persidangan akhbar selepas merasmikan pusat itu dekat sini Isnin.

Turut hadir, Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Datuk Seri Rodzali Daud, Pengerusi Eksekutif HeiTech Padu Berhad, Datuk Mohd Hilmey Mohd Taib, Panglima Divisyen 1 TUDM, Mejar Jeneral Ansa dan pegawai-pegawai kanan TUDM.

Dr Ahmad Zahid berkata sistem itu dapat menjimatkan kos perbelanjaan apabila kerajaan tidak perlu lagi menghantar juruterbang berlatih di luar negara seperti yang diamalkan sebelum ini.

Katanya TUDM mendahului negara-negara lain yang mempunyai pesawat Sukhoi di rantau ini dalam melatih juruterbang mereka, di mana negara-negara berkenaan sehingga kini masih terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi untuk menghantar juruterbang mereka berlatih di Russia.

Beliau berkata pusat simulasi itu juga dapat melonjak kemahiran juruterbang dan para pegawai TUDM sesuai dengan kehendak negara untuk melahirkan pasukan yang berkemahiran tinggi dan mempunyai tahap profesionalisme yang tulen serta sentiasa ingin maju.

Menurutnya pusat simulasi itu dibangunkan menerusi inisiatif pembiayaan swasta (PFI) di mana HeiTech Padu Berhad dipertanggungjawabkan untuk mengurus operasi serta penyelengaraan bagi tempoh 10 tahun sehingga tahun 2020.

Beliau berkata sistem simulasi yang dibangunkan itu juga mampu melakukan pemindahan teknologi ke negara-negara yang memerlukan dan ia bukan hanya khusus untuk pesawat tempur semata-mata malah boleh digunakan bagi simulasi pesawat komersial, dan menurutnya sejak dibangunkan pusat simulasi itu sudah melatih 28 juruterbang dan pegawai TUDM.

Selepas perasmian Dr Ahmad Zahidi mencuba alat simulasi itu selama kira-kira 40 minit, dengan diselia oleh para jurulatih penerbangan.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s