TDM Di Peringkat Akhir Proses Jual Perniagaan Ayam

KUALA TERENGGANU, 19 Mei (Bernama) — TDM Bhd, sebuah unit Kerajaan Negeri Terengganu, berada di peringkat akhir proses penjualan perniagaan ayamnya, TD Poultry Sdn Bhd, yang mengalami kerugian, kepada Vision Poultry Sdn Bhd dengan harga RM4 juta tunai.

Urusan penjualan itu dijangka selesai dalam dua hingga tiga minggu akan datang dan bayaran RM4 juta itu tidak termasuk hutangnya, yang dikatakan berjumlah kira-kira RM5 juta.

“Di bawah perjanjian jualan ini, kami meminta syarikat itu agar tidak menjual asetnya atau memberhentikan pekerja dalam dua tahun akan datang ini,” kata Pengerusinya, Datuk Roslan Awang, kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini Khamis.

Roslan berkata di bawah perjanjian itu juga, Vision Poultry yang berpangkalan di Terengganu dikehendaki mematuhi semua syarat yang dipersetujui dengan penternak memandangkan perniagaan itu dikendalikan oleh TDM.

“Semasa kami memulakan perniagaan pada 1997, kami hanya meraih keuntungan pada 2009 iaitu sebanyak kira-kira RM800,000. Jadi, kami berpendapat kami perlu menjualnya kerana kami dapati ia tidak selaras dengan perniagaan teras kami, dan kami kekurangan kepakaran,” jelasnya.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s