Pasukan Bakisa Muncul Juara Badminton Sukan Isteri Wakil-wakil Rakyat BN 2011

KUALA TERENGGANU, 9 Julai (Bernama) — Pasukan Bakisa dari Sabah muncul juara dalam acara badminton sempena temasya Sukan Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional 2011 di Stadium Negeri di sini Sabtu.

Pada perlawanan akhir, Bakisa mengalahkan pasukan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) Wilayah Persekutuan 4-1.

Bagaimanapun, pasukan Bakti, yang diketuai oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mengutip mata pertama apabila berganding dengan Datin Sri Lee Sun Loo untuk mengalahkan beregu lawan dengan mata 15-0, 15-3.

Namun, Bakisa bangkit semula untuk menyamakan kedudukan dengan menang perlawanan kedua 15-3, 15-11 dan menguasai tiga perlawanan seterusnya.

Pasukan Bistari dari Melaka mencapai tempat ketiga diikuti pasukan Baiduri dari Perak.

Sementara itu, pasukan Sebakti dari Sarawak menjuarai kategori Classic Plate.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s