Lapan pelajar IKBN Kemasik diserang histeria

KEMAMAN 14 Julai (Utusan Malaysia) – Lapan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik dekat sini diserang histeria semasa perhimpunan pagi ini.

Ia menyebabkan institut berkenaan membenarkan kesemua 107 pelajarnya pulang ke rumah masing-masing dan kembali semula ke pusat itu Sabtu ini.

Sumber memberitahu, kejadian dipercayai bermula apabila tiga pelajar di institut itu mula meraung dan meracau secara tiba-tiba dan disusuli beberapa pelajar lain sehingga menimbulkan suasana kelam-kabut.

Difahamkan, mangsa melibatkan lima pelajar perempuan dan tiga pelajar lelaki.

Kata sumber itu, pihak pengurusan kemudian telah memanggil seorang penduduk tempatan yang merupakan seorang bomoh bagi membantu meredakan keadaan.

Jelasnya, selepas berjaya memulihkan keadaan pelajar terbabit, bomoh berkenaan telah membuat beberapa ritual untuk ‘membersihkan’ kawasan berkenaan.

“Pihak pengurusan juga sedang berikhtiar ‘bersihkan’ kawasan ini yang dikatakan ‘keras’ supaya kejadian sama tidak berulang,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan komen daripada pelajar terbabit tidak berjaya ekoran sekatan daripada pihak pengurusan.

IKBN Kemasik merupakan IKBN kedua yang ditubuhkan di negeri Terengganu selepas IKBN Wakaf Tapai yang terletak di Wakaf Tapai, Marang.

Dilengkapi dengan asrama, bengkel pembelajaran, dewan kuliah, dewan makan, surau dan gelanggang sukan, IKBN Kemasik merupakan institut latihan yang memberikan latihan secara percuma di bawah seliaan Kementerian Belia Dan Sukan (KBS).

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

1 Response to Lapan pelajar IKBN Kemasik diserang histeria

  1. iera says:

    | : sy bru je nk isi borang ikbn scre on9.. p ble bce kes at atz ni, tbe2 ase cam tkot lax.. ye la, sy ni penakot n lmah smgat.. hum.. cmne ek?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s