Pelajar tingkatan 6 atas terima insentif

KEMAMAN 1 Ogos – Lebih 2,000 pelajar tingkat enam atas di seluruh negeri akan menerima insentif RM1,000 seorang bagi merangsang mereka mencapai kecemerlangan dalam akademik.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pemberian itu akan membantu memudahkan mereka membeli buku-buku rujukan dan lain-lain keperluan pembelajaran tanpa kekangan perbelanjaan.

Katanya, mereka akan diberi insentif tersebut pada satu majlis yang akan dirancang kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu pada Ramadan ini.

“Saya sendiri akan bertemu dengan mereka dan memberi nasihat agar mereka menggunakan masa yang ada ini untuk belajar bersungguh-sungguh dan lulus dengan cemerlang demi masa depan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu Ke-32 Bagi Parlimen Kemaman, di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman semalam.

Pada majlis itu seramai 873 pelajar menerima sijil dan hadiah kecemerlangan pelajar berjumlah RM129,340. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir. Rosli Othman dan ADUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Mokhtar.

Pemberian insentif dimulakan sejak tiga tahun lalu dan hasilnya Terengganu muncul negeri terbaik bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi seluruh negara selama tiga tahun berturut-turut.

“Kita harap bagi peperiksaan STPM pada tahun ini Terengganu akan mengekalkan rekod yang cemerlang ini,” ujarnya.

sepatutnya membiarkan bidang tersebut dimonopoli warga asing kerana ia sebenarnya boleh memberi pendapatan lumayan jika mampu menguasai kemahiran.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s