Sebanyak RM337, 360.00 belum dikutip dari Giant Kijal?

KUALA TERENGGANU (Buletinonline) – Benarkah sebagaimana didakwa oleh beberapa ahli Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), pihak berkuasa tempatan itu belum dapat mengutip sewa dari Giant Kijal Mall?

Sehingga bulan Julai 2011, Giant Kijal telah beroperasi selama 8 bulan apbila mula dibuka pada bulan Disember lalu.

Pada bulan Mei lalu, rakyat Terengganu dikejutkan dengan kemurahan hati Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said yang benar-benar ingin melihat sebuah pasaraya dibina dikampungnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Omar telah mengemukakan soalan bertulis yang meminta kerajaan menjelaskan milik siapakah bangunan yang diduduki oleh Giant di Kijal.

Dato’ Tengku Hassan turut bertanya berapa kadar sewa bangunan tersebut dan tempoh sewaannya.

Kerajaan Umno-BN Terengganu dalam menjawab soalan tersebut memberitahu bahawa bangunan yang diduki oleh Giant di Kijal adalah milik Majlis Perbandaran Kemaman.

Kadar sewaan bagi sebualan adalah RM 42, 170 dan temph sewaan wajib adalah 3 tahun tambah 3. (3+3).

Dengan itu, sehingga kini sebanyak RM337, 360.00 sewaan yang telah tertunggak yang tidak dapat dikutip oleh MPK.

Pasaraya Giant menurut persetujuan asal dibawah pemerintahan bekas Menteri Besar Idris Jusoh, sepatutnya beroperasi di Mesra Mall Kertih, sebuah pusat beli belah milik anak syarikat Petronas KLCC (Holdings) Sdn Bhd

Bukan sahaja Ahmad tidak hadir merasmikan Mesra Mall tersebut, malah pasaraya Giant turut disekat oleh Ahmad.

Ahmad mungkin melihat kehadiran Giant di Mesra Mall sebagai suatu daya tarikan kepada orang ramai, yang menjadi saingan kepada hasratnya membangunkan sebuah bandar baru di Kijal.

Pembinaan Bandar baru Kijal yang dibiayai oleh Lembaga Tabung Amanah Warisan (LTAWNT) sehingga Mei lalu telah menelan belanja RM153, 776, 166.00

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

1 Response to Sebanyak RM337, 360.00 belum dikutip dari Giant Kijal?

  1. DD says:

    ahmad said bangang bodoh…
    KTRG nh mundur lagi wei..1 MALL pom xder
    merintah cmner ntah x adil..next PRU hope tukar MB TRG!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s