Terengganu Hidupkan Balik Tanaman Limau Madu

KUALA BERANG, 2 Ogos (Bernama) — Jabatan Pertanian Terengganu kini menghidupkan semula tanaman limau madu, bermula dengan projek seluas 11 hektar di sini.

Pengarahnya Md Yusof Maidin berkata projek perintis itu disertai 30 penduduk dari tiga buah kampung iaitu Kampung Lubok Periuk, Kampung Telaga dan Kampung Kolam.

“Kita mengambil langkah menghidupkan semula tanaman limau madu di Terengganu setelah mempelajari kesilapan yang lalu,” katanya kepada Bernama, di sini pada Selasa.

Terengganu sebelum ini mengusahakan tanaman itu secara besar-besaran, namun projek tersebut gagal selepas tanaman musnah diserang penyakit.

Mengulas projek kali ini, Md Yusof berkata projek dilaksana secara sistematik dan dilengkapi kemudahan asas mencukupi termasuk sistem pengairan bagi memastikan masalah sama tidak berulang.

Selain itu, beliau berkata jabatannya juga memberi perhatian kepada kawalan penyakit bagi memastikan tanaman tersebut sentiasa subur dan mengeluarkan hasil sebagaimana disasarkan.

Katanya bantuan kira-kira RM100,000 telah dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian untuk membantu peserta projek itu meliputi pembersihan kawasan, benih, baja, membina setor dan jalan.

Md Yusof berkata pihaknya mensasarkan tanaman limau di Kampung Lubuk Periok yang melibatkan 2,200 pokok mengeluarkan hasil pertama tahun depan, sementara Kampung Telaga (500 pokok) dan Kampung Kolam (220 pokok) akan mengeluarkan hasil dua tahun lagi.

Katanya untuk tahun pertama, pihaknya menganggarkan projek itu mengeluarkan hasil sehingga 300kg sepohon manakala harga pasaran pula antara RM3 hingga RM3.50 sekilogram.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan, Pertanian & Perikanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s