Dua Sahabat Miliki Senapang Angin Tanpa Permit Didenda RM2,000 Dan RM3,000

KUALA TERENGGANU, 8 Ogos (Bernama) — Gara-gara memiliki senapang angin buatan sendiri tanpa lesen untuk menembak lembu dengan bahan pelali, dua sahabat masing-masing didenda RM2,000 dan RM3,000.

Ayub Yusoff, 26, dari Kampung Tok Jiring dan Mohd Azrul Mohd Zukeri, 30, dari Kampung Durian Burung, didapati bersalah memiliki senapang tersebut di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Lima Amas, Jalan Kelantan di sini pada 2 Ogos lalu.

Difahamkan senapang itu digunakan untuk menembak lembu dengan bahan pelali dengan tujuan melemahkan haiwan tersebut supaya mudah untuk disembelih.

Memiliki senapang jenis itu tanpa lesen merupakan kesalahan di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan pesalah boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Azizah Mohd Yusof.

Peguam bela tertuduh Mohd Hayyatuddin Mohamad dalam rayuannya berkata, tertuduh pertama yang bekerja sebagai penjual daging lembu dengan dibantu oleh tertuduh kedua menggunakan senapang angin itu untuk menembak lembu dengan bahan pelali dan bukan untuk aktiviti lain.

Sehubungan itu beliau meminta mahkamah agar mengenakan hukuman ringan dam tidak mengenakan hukuman penjara terhadap tertuduh memandangkan bulan Ramadan sekarang dan Aidilfitri yang menjelang tiba.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Insp V Ravi.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s