RM8.35j bina rumah di Ketengah

Oleh FAUZI MOHD. – utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 12 Ogos – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) memperuntukan RM8.35 juta bagi membina 123 unit rumah baharu pelbagai jenis bagi menampung pertambahan penduduk dalam wilayahnya.

Pengurus Besarnya, Datuk Hamzah Ngah berkata, ia melibatkan pembinaan 79 unit rumah mampu milik dan 44 unit rumah kos sederhana rendah itu menjadikan jumlah keseluruhan rumah yang dibina Ketengah sehingga kini 4,063 unit.

Menurutnya, 19 unit rumah kos sederhana rendah dibina di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Bukit Besi dan di Cheneh Baru, Kemaman masing-masing sembilan unit dan Ketengah Jaya berjumlah tujuh unit dengan kos RM3.53 juta.

“Manakala 44 unit rumah mampu milik dibina di AMBS dan 35 unit di Cheneh Baru membabitkan kos RM4.82 juta,” katanya kepada pemberita di majlis Berbuka Puasa Ketengah bersama Media di Primula Beach Hotel dekat sini, baru-baru ini.

Tambah Hamzah, pembangunan di sekitar bandar AMBS turut menjadi pemangkin kepada keperluan perumahan termasuk pembinaan Asrama Berkelompok Yayasan Terengganu dan Kolej Ketengah.

Katanya, kewujudan pelbagai institusi kerajaan seperti Jabatan Pelajaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan di bandar itu turut mendorong permintaan terhadap keperluan rumah.

Selain itu katanya, pembinaan Kompleks Penjara, kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur dan persimpangan Bukit Besi membawa kesan langsung kepada keperluan perumahan.

“Pada masa yang sama, pembangunan yang sedang berlaku di Tasik Kenyir juga telah menyebabkan keperluan itu meningkat dengan ketara.

“Ini termasuklah bagi keperluan kakitangan Ketengah serta agensi lain yang bertugas di sekitar tasik itu lebih-lebih lagi apabila zon bebas cukai di Pulau Bayas beroperasi pada akhir tahun 2012,” ujarnya.

Justeru itu, kata Hamzah, Ketengah menyeru pihak pemaju perumahan dan syarikat-syarikat swasta agar dapat memainkan peranan membantu memajukan perumahan di wilayah itu.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s