‘Putera Songket’ meninggal dunia di London

KUALA TERENGGANU 14 Ogos (UM)– Kerabat diraja Terengganu, Tengku Ismail Tengku Su yang pernah digelar ‘Putera Songket’ atas jasa-jasanya mengangkat martabat seni warisan tradisional itu, meninggal dunia di Hospital Royal Brompton London kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Tengku Ismail, 60, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan selama lebih sebulan setelah dua kali mengalami serangan jantung.

Adiknya, Tengku Yusof berada di sisi sewaktu Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Sahabat Allahyarham iaitu seorang penulis, Wan A. Hulaimi dalam blognya memaklumkan jenazah Tengku Ismail akan disembahyangkan di Masjid East London dan disemadikan di Tanah Perkuburan Ilford esok.

Allahyarham berada di London dalam misi mengetengahkan koleksi tenunan songket miliknya dalam Pameran Tenunan Diraja di Prince‘s School of Traditional Arts dan memenuhi undangan bagi membuat pembentangan di Asia House.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kesenian & Kebudayaan, Warisan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s