Ahli Perniagaan Maut Dalam Kemalangan Di Kemaman

KUALA TERENGGANU, 24 Ogos (Bernama) — Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk maut setelah kenderaan pacuan empot roda yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Km 134 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kemaman pagi Rabu.

Datuk Abu Bakar Kamar @ Kamar, 61, yang merupakan ahli perniagaan dalam bidang pengangkutan dan berasal dari Dungun maut di tempat kejadian yang berlaku kira-kira 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Abdullah Sani Salat berkata kejadian berlaku apabila kenderaan mangsa yang datang dari arah Kuala Terengganu-Kuantan dipercayai bergesel dengan sebuah kereta Proton Wira.

Ekoran pergeseran itu, kenderaan mangsa masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dan merempuh sebuah kereta Porsche yang berada di belakang kereta Proton Wira tersebut.

“Akibat dari pertembungan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Lelaki yang memandu kereta Porsche turut tercedera berikutan keretanya terhumban ke dalam semak di tepi jalan.

“Empat lelaki yang berada di dalam kereta Proton Wira tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata Abdullah Sani ketika dihubungi.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kemaman.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s