11 persatuan nelayan terima RM1.1 juta

AHMAD Said (tengah), Mohd. Jidin Shafee (empat dari kiri) dan Yahya Khatib Mohamad (tiga dari kanan) bersama wakil persatuan nelayan selepas menyampaikan sumbangan kepada semua 11 persatuan nelayan di Terengganu di Marang, semalam.

MARANG 29 Sept. (Utusan Malaysia)- Kerajaan negeri memberi sumbangan RM1.1 juta kepada 11 persatuan nelayan di negeri ini bagi dijadikan modal pembangunan projek kecil di kawasan masing- masing .

Sumbangan RM100,000 bagi setiap persatuan itu disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pada majlis perjumpaan dengan warga nelayan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, di sini, semalam.

Pada majlis itu juga, tujuh peserta pula mendapat bantuan peralatan pemprosesan daripada Jabatan Perikanan yang keseluruhannya bernilai RM47,000.

Selain itu, Ahmad turut menyampaikan lesen sampan kepada 28 orang nelayan kawasan Parlimen Marang.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad; Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Mohd. Jidin Shafee dan Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku.

Menteri Besar dalam ucapannya berkata, pemberian pelbagai bantuan kepada golongan nelayan itu merupakan inisiatif kerajaan bagi menjaga kebajikan keluarga nelayan dan tidak harus disia-siakan.

“Di samping itu, mereka seharusnya berusaha mempelbagaikan punca pendapatan bagi menyediakan kehidupan lebih baik dan kerajaan menyasarkan pendapatan nelayan akan meningkat sekali ganda menjelang tahun 2020,” katanya.

Beliau turut menasihatkan persatuan bersikap proaktif dengan memanfaatkan kemudahan agar tidak sekadar dijadikan sebagai tempat pendaratan ikan.

”Ia juga boleh dijadikan pusat kegiatan agro pelancongan seperti memancing, menjual ikan bakar dan sebagainya.

Menyentuh mengenai pemberian lesen sampan, beliau berkata, pemiliknya layak menerima elaun sara diri sebanyak RM200 sebulan, selain subsidi petrol dan dibayar 10 sen bagi setiap satu kilogram tangkapan.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan, Pertanian & Perikanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s