Dataran WiFi baru di Seberang Takir

KUALA TERENGGANU 6 Okt. (Utusan) – Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir membelanjakan RM250,000 bagi menjadikan Dataran Belia Permata di Seberang Takir, dekat sini sebagai Dataran WiFi.

ADUN berkenaan, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, peruntukan itu bagi membina sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi dewan terbuka dan bilik khas untuk kelas komputer.

Menurutnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, projek yang dijangka siap dua bulan lagi itu turut melibatkan pembinaan sebuah kios perkhidmatan baik pulih e-Book pelajar sekolah secara percuma.

“Selain restoran dan pusat tertentu yang menyediakan perkhidmatan itu, kita mengambil inisiatif agar kemudahan WiFi ini memberi manfaat untuk perkhidmatan Internet tanpa wayar secara percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan e-Book Tahun 4 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir di Kampung Baru Seberang Takir hari ini.

Pada majlis itu, seramai 608 murid dari lima buah sekolah di DUN berkenaan menerima agihan e-Book percuma yang melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Takir seramai 83 orang dan SK Bukit Tok Beng (108 orang).

Selain itu, SK Kompleks Seberang Takir (128 orang) dan SK Teluk Ketapang (171 orang) dan SK Tok Jembal (119 orang).

Tambah Ahmad Razif, kemudahan itu dibangunkan bagi memastikan penduduk luar bandar menikmati kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) selain merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan desa.

“Walaupun kosnya agak tinggi, ia sedikit sebanyak melengkapkan kawasan luar bandar dengan jalur lebar bagi membolehkan rakyat di kawasan berkenaan mempunyai akses kepada teknologi maklumat sama seperti penduduk bandar,” katanya.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s