Kuala Terengganu Yang Berubah Wajah

dari: http://akarimomar.wordpress.com/2011/12/16/kuala-terengganu-yang-berubah-wajah/

Adakalanya kita ingin melihat pembangunan dengan pembaharuan terhadap lanskap sesuatu kampung atau bandar. Namun, dalam mengejar pembangunan material ini, ianya mengorbankan keindahan semulajadi dan menghilangkan tinggalan warisan senibina dan usaha orang-orang dahulu.

Anehnya kita mempromosi pelancongan dengan tema “Terengganu – Where Nature Embraces Heritage” – mana perginya “heritage” apabila semuanya dimusnahkan? Mereka seolah-olah hilang fokus. Yang perlu dibaiki kerana usang dibiarkan mencemar permandangan. Yang bersejarah dan dijaga keindahannya dikatakan usang (dan ini).

Hilangnya deretan bangunan-bangunan lebih 100 tahun usianya di Kedai Payang/Jalan Bandar sukar untuk saya lupakan. Usaha-usaha terakhir kamiuntuk menyelamatkan bangunan sejarah (hingga tercetusnya blog ini:http://warisantrengganu.wordpress.com/tidak diendah dan dilayan olehmereka yang duduk di kerusi empuk. Mereka yang hanya bersenang di bilik berhawa dingin tidak bersedia mendengar keluhan para peniaga yang diarah berpindah dengan tempoh yang tergesa-gesa. Maka satu persatu sejarah dilupuskan demi mencari keindahan baru.

Saya kongsikan di sini beberapa keping gambar dari poskad yang masih tersimpan sebagai kenangan bersama.

Senibina bahagian tambahan Masjid Abidin yang dibina zaman pemerintahan Al Marhum Sultan Ismail ini sudah tiada lagi.  Menara mirip Masjid Negara yang dibina selepas baginda tamat tempoh menjadi Agong (serta membawa balik Bilal Isa dari Masjid Negara yang merdu alunan azannya untuk bertugas di Masjid Putih) sudah diganti. Dan menjadi amat sedih ialah dengan perbelanjaan yang begitu besar untuk mengindahkan Masjid Putih ianya dibuat sambil lewa tanpa pemantauan yang baik. Kebocoran dari awal projek siap sehingga kini tidak dibaiki (baca di sini)

Dalam mengejar pembangunan lalu menghambat para penduduk sekitar Ladang Tok Pelam dan yang berdekatan, apa jadi dengan pembangunan tersebut selepas setahun dipaksa pindah ketika mereka sedang dalam bulan Ramadan dan bersedia untuk menyambut Eidul Fitri (mengingatkan kembali peristiwa 2009).

Insha Allah, jika diizinkan Allah, akan saya kongsikan lagi gambar-gambar lama yang lain.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Permandangan, Pelancongan & Rekreasi, Rencana, Warisan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Kuala Terengganu Yang Berubah Wajah

  1. Awang says:

    Assalamualaikum,
    Lain xdok apa, cuma nok tanya gambor hok depan kedai suratkhabar kat atas tu (berjanggut) sapa? Mcm familiar.

    Tq,
    Awang

    • akarimomar says:

      Yang berjanggut dalam gambar di “header” blog ini tu Mat Surat Khabar (nama yang orang biasa berikan kepada beliau) yang membuka kiosk surat khabar dan majalah depan SK Sultan Sulaiman 1 di Jalan Sultan Omar. Beliau sudah berniaga di situ sememnjak lebih 40 tahun lalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s