Lelaki Pukul Ibu Dengan Penyapu Dibebas Dengan Bon Kelakuan Baik

KUALA TERENGGANU, 14 Feb (Bernama) — Seorang lelaki menghidap penyakit skizofrenia, yang memukul ibunya dengan batang penyapu, dibebaskan Mahkamah Majistret di sini dengan bon kelakuan baik tanpa cagaran selama dua tahun dan diperintahkan menjalani rawatan sebulan sekali di Hospital Sultanah Nur Zahirah dalam tempoh itu.

Ahmad Shukri Abdul Razak, 55, yang menghidap penyakit penyakit mental kronik itu mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana memukul ibunya, Salasiah Muda, 74 tahun dengan batang penyapu.

Kejadian berlaku di kediaman dua beranak itu di Lot 30, Kampung Atas Tol, di sini pada pukul 11 malam, 21 Julai lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya.

Majistret Abdul Hayyi Salim ketika menjatuhkan hukuman berkata mahkamah mengambil kira laporan perubatan daripada Hospital Permai yang mendapati pada masa kejadian fikiran tertuduh dalam keadaan kurang siuman dan tidak sedar perbuatannya adalah salah di sisi undang-undang.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Insp Miky Dunstan Muda.

Tertuduh yang merupakan anak sulung daripada empat beradik dikatakan naik marah dan menjerit ‘bising’ ketika ibunya sedang menonton televisyen pada malam kejadian.

Kejadian pukul itu bukan kali pertama dan tertuduh sebelum ini pernah mencederakan anggota keluarga yang lain dan jiran-jirannya.

Dia juga pernah mendapat rawatan sakit mental di Hospital Hulu Terengganu, sebelum ini.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Islam, Jenayah & Mahkamah, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s