Telinga Anggota Polis Hampir Putus Digigit Suspek Kes Tipu

KUALA TERENGGANU, 13 Feb (Bernama) — Seorang anggota polis berpangkat konstabel berumur 23 tahun hampir putus telinga kiri akibat digigit seorang suspek yang cuba melarikan diri selepas ditahan semalam.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri ACP K Manoharan berkata suspek lelaki berusia 34 tahun dari Batu Rakit ditahan atas kesalahan cuba menipu di sebuah kedai serbaneka di Kampung Pok Jin, tidak jauh dari tempat kejadian iaitu di Balai Polis Gong Badak.

Beliau berkata kejadian berlaku pada kira-kira 9 malam.

“Ketika mangsa sedang membuat laporan berhubung tangkapan itu, suspek memberitahu ingin muntah dan meminta supaya dia digari di bahagian depan.

“Ketika anggota berkenaan membawa dia ke bahagian depan balai, suspek terus menolak anggota polis berkenaan dan melarikan diri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya Isnin.

Bagaimanapun, mangsa berjaya mengejar suspek yang lari keluar dari kawasan balai berkenaan sebelum berlaku pergelutan di kawasan semak, dan selain digigit telinganya, anggota polis berpangkat konstabel itu dicekik.

Keadaan itu menyebabkan mangsa terpaksa mengeluarkan pistol serta melepaskan dua das tembakan, dan satu daripadanya terkena kaki kiri suspek.

Manoharan berkata selepas tembakan dilepaskan, anggota polis itu dibantu rakannya dan mangsa serta suspek dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

“Akibat kejadian, anggota polis berkenaan, yang turut cedera di bahagian tangan, terpaksa menerima lapan jahitan pada bahagian telinganya,” katanya sambil menambah mangsa dan suspek dilaporkan stabil dan masih dirawat di hospital berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 333 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah dan menghalang tugas penjawat awam.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s