Tembakan Selamatkan Nyawa Anggota Polis Dari Terus Diserang Penjenayah

KUALA TERENGGANU, 14 Feb (Bernama) — Dua das tembakan yang dilepaskan oleh seorang anggota polis berjaya menyelamatkan nyawanya daripada terus menjadi mangsa seorang penjenayah yang cuba melarikan diri dari balai.

Konstabel Amran Yahya, 23, berkata dia terpaksa melepaskan tembakan itu untuk menyelamatkan diri selain memberi isyarat kepada rakan untuk mengetahui lokasi sebenar dia berada.

Katanya tindakan drastik itu dilakukan setelah suspek bertindak rakus dengan mencekik serta mengigit telinga kirinya sehingga hampir putus.

Akibat gigitan dan pergelutan itu Amran yang bertugas di unit ronda MPV Balai Gong Badak telah menerima 10 jahitan dan luka di bahagian dada dan lengan.

“Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana kepala terasa pening dan hendak pitam semasa suspek menggigit telinga dan mencekik leher saya.

“Selain itu suspek juga bertindak menggigit dada saya, bagi mengelakkan kejadian lebih buruk saya melepaskan tembakan untuk memberi signal kepada rakan dan satu das tembakan lagi terkena pada kaki suspek,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Mangsa dan suspek kini dirawat di HSNZ dan kedua-duanya dilaporkan stabil.

Amran berkata biarpun kejadian yang berlaku hampir meragut nyawanya namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berbakti kepada negara.

Semalam Bernama melaporkan seorang anggota polis berpangkat konstabel, hampir putus telinga kiri akibat digigit seorang suspek yang cuba melarikan diri selepas ditahan Ahad lalu.

Suspek lelaki berusia 34 tahun dari Batu Rakit ditahan atas kesalahan cuba menipu di sebuah kedai serbaneka di Kampung Pok Jin, tidak jauh dari tempat kejadian iaitu di Balai Polis Gong Badak.

Kejadian berlaku pada kira-kira 9 malam ketika mangsa sedang membuat laporan berhubung tangkapan itu, apabila suspek memberitahu ingin muntah dan meminta supaya dia digari di bahagian depan.

Ketika anggota berkenaan membawa dia ke bahagian depan balai, suspek terus menolak anggota polis berkenaan dan melarikan diri. Bagaimanapun, mangsa berjaya mengejar suspek yang lari keluar dari kawasan balai berkenaan sebelum berlaku pergelutan di kawasan semak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 333 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah dan menghalang tugas penjawat awam.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s