Yunus Alif Risau Ramai Pemain T-Team Cedera

KUALA TERENGGANU, 14 Feb (Bernama) — Jurulatih bolasepak Terengganu, Yunus Alif, merasa risau kerana empat pemain tunggak utama pasukan T-Team mengalami kecederaan.

Kini hanya tinggal 19 daripada 23 pemain yang didaftar layak beraksi ekoran kecederaan Mohd Zharif Hasna, Wan Khairul Kamaruddin, Fadli Saari dan yang terbaru Tengku Hasbullah Raja Hasan yang dimasukan ke hospital semalam.

Tengku Hasbullah pengsan ketika berlatih di gimnasium Majlis Sukan Negeri (MSN) dipercayai akibat kekurangan air dalam badannya.

“Tumpuan kita mungkin terjejas sekiranya kecederaan para pemain terus berpanjangan. Namun inilah realiti dunia bola sepak dan kita terpaksa hadapi semua ini,” katanya.

Yunus berkata buat sementara waktu, Khairul Izwan Khalid mungkin diturunkan semasa ketiadaan Tengku Hasbullah.

Beliau berkata T-Team terpaksa bergantung sepenuhnya kepada pemain tempatan berikutan ia gagal mencari pemain import setelah pemain kelahiran Zambia, Zacharia Simukonda dipecat, juga ekoran kecederaan.

“Saya berharap inilah masanya pemain tempatan membuktikan kebolehan masing-masing dan tidak semestinya tanpa pemain import, kita tidak boleh menang,” katanya.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s