Dua hospital baharu dibina Dua hospital baharu dibina Dua hospital baharu dibina Dua hospital baharu dibina

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 16 Feb. – Kerajaan negeri akan membina dua lagi hospital di negeri ini bagi menampung keperluan pesakit yang semakin meningkat.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri melalui Terengganu Development Management (TDM) Berhad akan membina hospital pakar swasta kedua di negeri ini di kawasan Batu Buruk di sini selepas kewujudan Kuala Terengganu Specialist (KTS).

Katanya, hospital baru melibatkan kos RM200 juta itu dijangka mula dibina pertengahan tahun ini dan kini dalam peringkat akhir penyediaan reka bentuk.

“Dalam tempoh tiga hingga empat bulan lagi atau paling lewat Julai ini, kerja-kerja pembinaan hospital ini akan dimulakan dan ia akan didirikan tidak jauh dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Dijangka pembinaan ini mengambil masa kira-kira dua tahun dan boleh menampung 150 pesakit pada satu-satu masa,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan untuk Dana Bantuan Kebajikan Sosial Perubatan 2012 di HSNZ, di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar; Pengarah HSNZ, Dr. Tengku Ramelah Tengku Senik dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Wan Harujan Wan Sulaiman.

Tambahnya, sebuah lagi hospital baru yang akan dibina adalah Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) di kawasan seluas 100 hektar dekat sini.

Kata beliau, hospital berkenaan bakal menampung kira-kira 400 pesakit pada satu-satu masa.

“Kira-kira RM600 juta akan diperuntukkan untuk kos permulaan pembinaan hospital ini dan perkembangannya akan dilihat dari semasa ke semasa.

“Saya yakin dengan adanya kedua-dua hospital baru ini memberi alternatif kepada rakyat Terengganu untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik dan selesa,” katanya.

Dalam pada itu, jelasnya, beliau mengarahkan TDM menaja lepasan ijazah perubatan untuk menyambung pengajian bagi mengisi keperluan negeri ini yang kekurangan pakar.

“Ketika ini pakar bius tidak mencukupi dan keperluannya sangat kritikal. Kami harap dengan penajaan ini lebih ramai anak Terengganu berkhidmat di hospital baru ini kelak,” katanya.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s